Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur RM12.8 juta tangani Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur RM12.8 juta tangani Covid-19

MAIPs salur RM12.8 juta tangani Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 25 Julai 2021 23:06

ARAU : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengagihkan sebanyak RM12,880,317 bagi keseluruhan program inisiatif MAIPs menangani Covid-19 sepanjang tahun 2020 dan tahun ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebanyak RM4,688,267 diagihkan oleh MAIPs bagi tahun 2020 manakala sejumlah RM8,192,050 pula diagihkan untuk tahun 2021.

Titah baginda, antara inisiatif yang dilaksanakan ialah pembukaan kaunter agihan terhad di Masjid Alwi, program Perlis mengaji, agihan bekalan makanan serta agihan bantuan khas rangsangan asnaf membabitkan 14,679 penerima bagi tahun 2020 dan 18,179 penerima bagi tahun 2021.

“Bantuan khas rangsangan asnaf tersebut diagihkan tanpa perlu memohon dan dikreditkan terus ke dalam akaun.

“Antara inisiatif lain yang diadakan adalah pengecualian dan pengurangan sewaan hartanah MAIPs, agihan makanan melalui kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta bantuan kecemasan MAIPs melalui masjid pada sepanjang masa,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM12,000 sempena program hijrah minda MAIPs bilangan ke-22 2021 di Masjid Al Falah, Kampung Behor Mempelam di sini hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada amil kariah tersebut Idris Ali yang mewakili 29 asnaf kariah masjid berkenaan dengan masing- masing menerima RM400 setiap seorang.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sementara itu, Mohd. Nazim berkata, sekitar 11 inisiatif telah dilaksanakan bagi membantu mereka yang memerlukan di negeri ini.

Katanya, Raja Perlis telah memperkenankan inisiatif-inisiatif tersebut yang diterajui sendiri oleh Tuanku Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua MAIPs.

“Semua inisiatif tersebut diharapkan dapat meringankan beban mereka yang terkesan dengan Covid-19 selain merupakan amanah oleh para penyumbang zakat yang perlu ditunaikan oleh MAIPs,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE