Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP titik berat agenda penyelidikan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP titik berat agenda penyelidikan

UniMAP titik berat agenda penyelidikan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 28 Julai 2021 22:52

ARAU : Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus menitik beratkan dan memberi keutamaan kepada agenda penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan projek-projek penyelidikan yang memberi manfaat kepada komuniti melalui inisiatif Geran Dana Penyelidikan Projek Komuniti (Compres) dan Dana Penyelidikan Impak (Impres).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, beberapa inisiatif khusus sedang dilaksanakan bagi memperkasakan penyelidikan antaranya melalui geran penyelidikan Unimap berbentuk geran sepadan, geran kolaboratif dan geran pengkomersialan.

Titah baginda, antara geran lain adalah termasuk Geran Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dan Skim Pasca Doktoral.

“Turut diadakan ialah Skim Penyelidik Ulung, Dana Penerbitan Saintifik, Bantuan Bayaran Pemprosesan Artikel (APC) bagi penerbitan jurnal ISI Open Access dan Dana Persidangan.

“Kesemua inisiatif tersebut akan disokong oleh universiti dengan bantuan dana khas penyelidikan dan inovasi yang keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta,” titah baginda selepas berkenan berangkat melancarkan secara simbolik sambutan dua dekad Unimap di Bangunan Canselori Unimap, Pauh Putra di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Tuanku Pro Canselor universiti itu.

Sementara itu, baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor Unimap bertitah, selain menyumbang kepada komuniti, hasil penyelidikan akan membantu memperkukuhkan pandangan umum terhadap daya saing para penyelidik Unimap.

“Selain itu, ia juga dapat meningkatkan keterlihatan dan kedudukan Unimap dalam kalangan universiti cemerlang dunia sebagaimana yang ditakrifkan dalam sistem-sistem pengukuran dalam negara serta pada peringkat antarabangsa.

“Kita mengharapkan pulangan yang lumayan hasil daripada usaha ini, sama ada dalam bentuk ketara dan tidak ketara,” titah baginda.

Untuk rekod, Unimap ditubuhkan pada 25 Julai 2001 dengan dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (Kukum) sebelum dijenamakan kepada Universiti Malaysia Perlis pada 1 Februari 2007 dan menjadi institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-17 di negara.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE