Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah kempen kesedaran kebakaran ditingkatkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah kempen kesedaran kebakaran ditingkatkan

Raja Muda Perlis titah kempen kesedaran kebakaran ditingkatkan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 05 Ogos 2021 18:28

Kempen kesedaran berkaitan pencegahan kebakaran di kalangan komuniti yang tinggal di kawasan perkampungan atas air wajar dilaksanakan secara berkala dengan lebih kerap lagi.

Pelbagai langkah boleh dilakukan termasuklah memastikan konsep ‘Satu rumah satu alat pemadam api mudah alih’ dipraktikkan, penganjuran ceramah berkaitan keselamatan kebakaran, demonstrasi cara mengawal dan memadam api supaya penduduk mampu bertindak sebagai ‘first responder’ serta penyediaan ‘self-contained smoke detector’ di penempatan tersebut.

Demikian titah saranan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan bantuan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Desa Kasim, 86 tahun yang tinggal bersama isterinya Patma Sawai, 72 tahun yang menerima bagi pihak beliau di Batu 9 Jalan Kaki Bukit, Beseri.

Desa yang kini lumpuh serta terlantar dibantu kewangan oleh anak-anak beliau yang berkerja di luar Perlis. Beliau merupakan penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, Ruhisha Haris mencadangkan supaya Pasukan Bomba Komuniti ditubuhkan di kawasan perkampungan atas air yang terdiri daripada suri rumah atau penghuni di situ selain mewujudkan ‘post kawalan bomba’ yang dilengkapi peralatan asas menentang kebakaran (APA).

Beliau mencadangkan supaya Pasukan Bomba Sukarela (PBS) ditubuhkan sekiranya mendapat sambutan penduduk di mana latihan serta peralatan akan disediakan oleh jabatan beliau.

Ruhisha juga menasihatkan supaya jeriji pada tingkap tidak perlu dipasang di rumah bagi mengurangkan risiko kehilangan nyawa sekiranya berlakunya kebakaran. Jelas beliau, jika perlu memasangan jeriji sekalipun ia hendaklah memiliki ciri-ciri keselamatan seperti ‘openable grill’ dan yang diluluskan oleh Jabatan Bomba.

Selain itu, ‘Pendawaian elektrik hendaklah dipasang atau ditambah punca kuasa mahupun soket supaya pemantauan oleh pihak yang bertauliah seperti TNB dapat dilaksanakan. Penduduk ditegah menggunakan elektrik yang boleh menyebabkan ‘overload’ atau dengan kata lain, menggunakan elektrik secara bijak, cekap dan berhemah serta tiada sebarang bentuk penambahan atau ‘tapping’ secara haram dilakukan.

Beliau berkata, sebagai menyahut titah saranan Tuanku Raja Muda melalui inisiatif ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, pihak Jabatan Bomba Negeri bersama-sama TNB Perlis berhasrat melaksanakan ceramah berkaitan bidang masing-masing secara online pada sabtu, 7 Ogos ini bersama-sama penduduk di Projek DiRaja Program Transformasi Kg. Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Tambah Ruhisha lagi, sekiranya sudah memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan perjumpaan bersemuka, kempen keselamatan kebakaran, taklimat serta demonstrasi jabatan dan praktikal oleh penduduk juga akan dilaksanakan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE