Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Perlis perlu bersatu hati depani peralihan ke Fasa 3 PPN – Titah Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Perlis perlu bersatu hati depani peralihan ke Fasa 3 PPN – Titah Raja Muda Perlis

Rakyat Perlis perlu bersatu hati depani peralihan ke Fasa 3 PPN – Titah Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 08 Ogos 2021 22:24

Rakyat Perlis hendaklah bersatu hati dan menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam mendepani peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara yang memerlukan kerjasama semua pihak kerana untuk beralih ke Fasa 4, kita semua mesti memastikan kejadian kes yang rendah di negeri ini.

Jika kita terleka, pembukaan sektor ekonomi yang amat kita nanti-nantikan ini mungkin boleh menjadi pencetus kepada peningkatan kes. Oleh itu, sentiasalah patuh SOP dan amalkan kelaziman baharu seperti yang sentiasa dinasihatkan oleh pihak berkuasa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program Hijrah Minda MAIPs Billangan ke 24 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid As Saadah, Santan Baroh petang tadi.

Bantuan kepada seramai 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan daripada baginda diterima oleh amilnya Rozali Hashim. Setiap seorang menerima RM 400 dengan jumlah penuh RM 11,600.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar Negeri Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.
 
Tambah Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs, ‘Dalam keghairahan bersama keluarga atau rakan taulan untuk sama menikmati juadah di kedai makan, hendaklah semua rakyat Perlis tetap patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

Sebagai pelanggan, tetap mengamalkan norma baharu. Pakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan tangan. Gunakan aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis. Pendekkan masa makan di kedai dan hanya tanggalkan pelitup muka semasa makan.

Pemilik kedai makan juga hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya pelanggan yang tidak berisiko dibenarkan masuk. Begitu juga dengan pekerja, perlu menjalani saringan suhu dan gejala. Pemilik perlu memantau pergerakan pekerja agar tiada pergerakan ke tempat-tempat berisiko terutama sekali merentas negeri.

Manakala di pusat-pusat membeli-belah, lebih banyak bahagian yang dibuka berbanding sebelum ini. Namun, sebagai pembeli janganlah mengambil masa yang lama di pusat-pusat tertutup tersebut bagi mengurangkan kesesakan dan seterusnya mengurangkan risiko penularan COVID-19.
Sediakan senarai barangan yang perlu dibeli di rumah lagi sebelum keluar.

 Begitu juga di pasar-pasar. Walaupun tempat terbuka, bersegeralah. Kurangkan kesesakan. Jika tiada keperluan, kumpulan berisiko seperti warga emas, yang mempunyai penyakit kronik dan kanak-kanak tidak perlu pergi ke tempat awam’, terang Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Untuk rekod, negeri Perlis telahpun beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos 2021 baru-baru ini bersama negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mana sektor ekonomi dibuka dengan lebih banyak dalam fasa ini melibatkan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan dalam fasa 3 Pelan Pemulihan Negara . Waktu operasi dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam dan jualan makanan secara dine-in dibenarkan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter. Malah pasar malam, pasar tani, pasar pagi dan pasar minggu turut dibenarkan beroperasi dengan pengawasan pihak berkuasa serta anggota RELA dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE