Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Perlis kena patuh SOP untuk beralih ke fasa empat PPN n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rakyat Perlis kena patuh SOP untuk beralih ke fasa empat PPN

Rakyat Perlis kena patuh SOP untuk beralih ke fasa empat PPN

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 08 Ogos 2021 22:26

KANGAR: Rakyat Perlis diingatkan terus mematuhi  prosedur operasi standard (SOP) agar pembukaan sektor ekonomi pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak menjadi pencetus kepada peningkatan kes Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama semua pihak penting untuk memastikan kes jangkitan di negeri ini terus rendah yang seterusnya membolehkan Perlis beralih ke fasa empat PPN dalam tempoh terdekat.

“Jika kita terleka, pembukaan sektor ekonomi yang amat kita nanti-nantikan ini mungkin boleh menjadi pencetus kepada peningkatan kes. 

“Jadi, sentiasalah patuh SOP dan amalkan kelaziman baharu seperti yang sentiasa dinasihatkan pihak berkuasa,” titah baginda selepas berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program Hijrah Minda MAIPs di Masjid As Saadah, Santan Baroh di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Imam Besar negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, dalam keghairahan bersama keluarga atau rakan-rakan menikmati juadah di kedai makan, semua pihak hendaklah patuh SOP. 

“Sebagai pelanggan, masing-masing perlu mengamalkan norma baharu dengan memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga kebersihan diri. Gunakan aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis. 

“Pemilik kedai makan juga hendaklah memainkan peranan dengan memastikan hanya pelanggan yang tidak berisiko dibenarkan masuk,” titah baginda.

 Titah baginda lagi, sebagai pembeli janganlah mengambil masa yang lama di pusat beli-belah bagi mengurangkan kesesakan dan seterusnya mengurangkan risiko penularan Covid-19. 

Terdahulu, baginda menyampaikan bantuan kepada amil masjid tersebut, Rozali Hashim untuk diagihkan kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut yang mana setiap seorang menerima RM400 dengan jumlah keseluruhan RM11,600.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE