Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah penting masyarakat jaga kesihatan mental n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah penting masyarakat jaga kesihatan mental

Raja Muda Perlis titah penting masyarakat jaga kesihatan mental

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 08 Ogos 2021 22:27

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa aspek penjagaan kesihatan mental adalah amat penting bagi memastikan semua pihak mempunyai kesejahteraan diri yang optimum khususnya dalam mendepani ancaman Covid-19 yang sungguh mencabar pada ketika ini. Di mana, kemahiran daya tindak yang positif perlu dihayati dan diamalkan bagi meningkatkan daya ketahanan diri yang baik terutama sekali dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bernilai RM700 beserta ‘Kit MAIPs Peduli’ kepada Aishah @ Bedah Saad, 81 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang dan tidak lagi dapat berjalan sejak hampir dua tahun yang lalu di Pida 3, Behor Mentalon Guar Sanji.

Beliau tinggal bersama dua orang cucu dan merupakan salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan juga ‘Bantuan Fitrah MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Md Rejab.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda menyarankan supaya ditingkatkan hubungan yang akrab dalam keluarga khususnya yang berada berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon, video conference, menghantar hadiah melalui syarikat pos atau kurier sebagai tanda ingatan dan kasih sayang buat ibu dan ayah, pasangan dan anak-anak untuk meneruskan sokongan yang berterusan sesama sendiri.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim pula menasihatkan supaya sekiranya terdapat gejala-gejala isu kesihatan mental seperti perubahan emosi sebagai contoh kerap menangis, mudah marah, mudah resah dan kebimbangan atau perubahan tingkah laku seperti gangguan tidur dan suka bersendirian melebihi tempoh 2 minggu secara berterusan, individu berkenaan dapatkanlah nasihat perubatan profesional dengan kadar segera dan jika perlu digalakkan melakukan saringan kesihatan mental di Klinik Kesihatan yang berdekatan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE