Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Peristiwa Hijrah ajar tentang perubahan baik dalam hidup – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Peristiwa Hijrah ajar tentang perubahan baik dalam hidup – Raja Muda Perlis

Peristiwa Hijrah ajar tentang perubahan baik dalam hidup – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Ogos 2021 08:17

Peristiwa hijrah telah mengajarkan kita mengenai tuntutan ke atas setiap umat Islam untuk melakukan perubahan yang baik dalam hidup seseorang. Untuk menjadi yang lebih baik, setiap individu perlu melakukan penghijrahan. Hijrah dan perubahan ini memerlukan sebuah pengorbanan yang besar di dalam hidup masing-masing.

Hijrah juga merupakan tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baru Islam Hijrah. Ia adalah ingatan kita terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan umat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah s.a.w serta Para Sabahat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah Allah S.W.T.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra yang menitahkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah’ kepada semua.

Tambah baginda, tema sambutan pada tahun ini iaitu “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti” mengajak kita semua untuk sama-sama menjadi umat yang hebat dan berkualiti dalam mendepani cabaran masa kini terutamanya situasi pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia.

‘Semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini juga dapat membawa perubahan setiap diri untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan. Bawalah semangat hijrah dan pengorbanan ini dalam kita sama-sama menggalas peranan masing-masing memerangi ancaman pandemik ini’ jelas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Dalam perlembangan lain, baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat MAIPs kepada Che Pa bin Pen, 73 tahun di Kg. Kubang Perun, Chuping.

Che Pa yang satu ketika dahulu merupakan seorang penoreh getah tinggal bersama lapan lagi ahli keluarga termasuk isterinya yang menghidapi masalah jantung dan kencing manis, merupakan antara penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE