Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - H: Bawa semangat hijrah, pengorbanan perangi ancaman Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
H: Bawa semangat hijrah, pengorbanan perangi ancaman Covid-19

H: Bawa semangat hijrah, pengorbanan perangi ancaman Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Ogos 2021 08:20

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak seluruh rakyat membawa semangat hijrah dan pengorbanan dalam mengalas peranan masing-masing memerangi ancaman pandemik Covid-19, bersempena sambutan tahun baharu Hijrah 1443.

Bersempena dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu Manhaj Rabbani Umat Berkualiti, baginda turut mengajak seluruh rakyat menjadi umat yang hebat dan berkualiti dalam mendepani cabaran masa kini terutamanya situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara serta seluruh dunia.

Baginda bertitah, hijrah dan perubahan tersebut memerlukan sebuah pengorbanan yang besar di dalam hidup masing-masing.

“Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini dapat membawa perubahan untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.

“Bawalah semangat hijrah dan pengorbanan ini untuk kita sama-sama menggalas peranan memerangi ancaman pandemik Covid-19,” titah baginda hari ini.

Dalam masa sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul  Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda-anakanda baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah; Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra turut menitahkan ucapan selamat menyambut tahun baharu Hijrah 1443 kepada seluruh rakyat.

Sementara itu, baginda bertitah, peristiwa hijrah telah mengajar mengenai tuntutan ke atas setiap umat Islam untuk melakukan perubahan yang baik dalam kehidupan.

“Untuk menjadi yang lebih baik, setiap individu perlu melakukan penghijrahan. Selain itu, hijrah juga merupakan tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baharu Islam Hijrah.

“Ia adalah ingatan kita terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan umat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah SAW serta para sahabat yang telah melakukan hijrah melalui perintah Allah SWT,” titah baginda yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, tuntutan hijrah pada hari ini bukan lagi sekadar perpindahan daripada satu tempat ke satu tempat lain sebaliknya adalah suatu tranformasi atau perubahan minda serta budaya hidup yang berteraskan ajaran Islam yang sebenar-benarnya.

“Bersempena dengan tema sambutan Maal Hijrah pada tahun ini iaitu Manhaj Rabbani Umat Berkualiti, ia dilihat sebagai suatu motivasi kepada ummah untuk meletakkan nilai ‘Rabbani’ iaitu menjadikan Allah SWT segala-galanya dalam mendepani apa jua keadaan dan situasi getir serta sukar.

“Justeru, marilah kita menadah tangan dan bersyukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada hari ini. Semoga sambutan kita pada tahun ini lebih bermakna demi Malaysia yang tercinta,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE