Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis titah rakyat jaga kesihatan diri n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis titah rakyat jaga kesihatan diri

Raja Muda Perlis titah rakyat jaga kesihatan diri

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 11 Ogos 2021 08:23

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru rakyat negeri Perlis supaya terus menjaga kesihatan diri dan salah satunya adalah melalui pengambilan makanan yang sihat dan bersih setiap hari.

Walaupun terdapat banyak kedai makan dan restoran yang telah kembali beroperasi seperti biasa sejak peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), budaya lepak di kedai makan dan restoran dalam waktu yang lama hendaklah dielakkan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Pada masa yang sama, baginda turut berpesan agar kebebasan untuk makan di kedai makan ini tidak dijadikan alasan untuk makan dan minum yang berlebihan tanpa memikirkan keseimbangan zat makanan yang diambil. Ini kerana pengambilan makanan yang terlalu tinggi kandungan garam, gula dan bahan-bahan perasa tambahan yang lain boleh mendatangkan risiko terhadap kesihatan individu.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyantuni dan menyampaikan sumbangan bantuan agihan zakat beserta ‘Kit MAIPs Peduli’ kepada Kalsom Mad, 71, di Kampung Sempering dekat Kangar.

Kalsom yang kini menghidap masalah jantung dan sakit pada pinggang yang tinggal bersama anaknya adalah antara salah seorang penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’ dan juga ‘Bantuan Sara Hidup Bulanan MAIPs’.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim menyarankan rakyat negeri ini untuk mengambil makanan secara seimbang iaitu makan mengikut keperluan seperti yang disarankan dalam ‘Piramid Makanan Malaysia’. Selain itu, kita juga hendaklah makan secara sihat dan sederhana setiap kali mengambil hidangan. ‘Kaedah Pinggan Sihat Malaysia’ iaitu suku pertama untuk nasi, suku kedua untuk lauk dan separuh pinggan untuk sayur-sayuran dan buah-buahan adalah kaedah terbaik yang boleh diamalkan oleh semua rakyat di negeri ini.

Tambah beliau, ‘Restoran dan kedai makan yang menyajikan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu menjadi pilihan utama kepada rakyat di negeri ini. Pengambilan makanan pelbagai jenis atau variasi turut disarankan kepada semua bagi memastikan badan kita memperoleh zat makanan yang mencukupi. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi daya ketahanan badan melawan serangan virus Covid-19. Kita mestilah bijak dalam memilih makanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai walaupun makan di kedai dan restoran’.

Untuk rekod, kedai makan dan restoran kembali meriah di negeri Perlis sejak kira-kira seminggu yang lalu. Rata-rata rakyat berasa gembira kerana pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan negeri Perlis telahpun beralih ke Fasa ke-3 Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini.

Penduduk Perlis kini sudah boleh menikmati makanan dan minuman di kedai makan dan restoran walaupun masih tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE