Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Titah Teras UniMAP Perlu Dijaga n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Titah Teras UniMAP Perlu Dijaga

Raja Muda Perlis Titah Teras UniMAP Perlu Dijaga

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 12 Ogos 2021 10:49

‘Pastikan nilai teras Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) iaitu “Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan” sentiasa dijaga dan dipelihara begitu juga dalam aspek integriti dan pengekalan nama baik universiti’.

‘Diharapkan lebih banyak kejayaan bakal ditempa dan agenda pembangunan universiti terus diutamakan demi menjamin kemenjadian pelajar dan keterlihatan universiti di peringkat global. Semoga UniMAP akan terus unggul dan cemerlang di persada antarabangsa’.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyaksikan ‘Majlis Serah Tugas Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)’ yang diadakan di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Lt Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi bagi mengambil alih amanah sebagai Naib Canselor ke-4 UniMAP untuk tempoh selama tiga tahun berkuat kuasa mulai 9 Ogos 2021 sehingga 8 Ogos 2024 daripada Prof. Ir. Ts. Dr. R. Badlishah Ahmad yang memegang jawatan tersebut dari 15 Mei 2019 sehingga 27 Mac 2021.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Tuanku Canselor UniMAP turut mendoakan kepimpinan baharu universiti ini akan meneruskan matlamatnya untuk menjadi antara Universiti Awam terbaik di dunia

Pada kesempatan yang sama baginda turut menitahkan ucapan penghargaan kepada Dr R. Badlishah atas segala khidmat bakti yang dicurahkan dan begitu juga kepada dua orang lagi bekas Naib Canselor iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin dan Prof Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dengan harapan semoga mereka akan terus mencurahkan bakti kepada universiti.

Sementara itu, Dr Zaliman memohon limpah perkenan dan sokongan baginda berdua untuk beliau menabur bakti demi pembangunan agenda pendidikan negara serta memastikan UniMAP terus melakar kejayaan dalam apa jua bidang diceburi.

Sumber daripada SUARA MERDEKA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE