Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis harap lebih banyak kejayaan dikecapi Unimap n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis harap lebih banyak kejayaan dikecapi Unimap

Raja Muda Perlis harap lebih banyak kejayaan dikecapi Unimap

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 13 Ogos 2021 10:46

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap lebih banyak kejayaan dan agenda pembangunan dapat dikecapi Universiti Malaysia Perlis (Unimap)

Dalam masa sama, titah baginda, pastikan nilai teras Unimap iaitu ilmu, keikhlasan dan kecemerlangan sentiasa dijaga serta dipelihara termasuk dalam aspek integriti bagi mengekalkan nama baik universiti.

“Diharapkan lebih banyak kejayaan bakal ditempa dan agenda pembangunan universiti terus diutamakan demi menjamin kecemerlangan pelajar dan keterlihatan universiti di peringkat global.

“Semoga Unimap akan terus unggul dan cemerlang di persada antarabangsa,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyaksikan majlis serah tugas Naib Canselor Unimap di pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, Kampus Alam Unimap Pauh Putra di sini, hari ini.

Prof Dr. Zaliman Sauli dilantik sebagai Naib Canselor Unimap baharu bagi menggantikan Prof Dr. R. Badlishah Ahmad yang menerajui Unimap selama hampir dua tahun sejak 2019.

Pelantikan Zaliman adalah untuk tempoh selama tiga tahun berkuat kuasa 9 Ogos 2021 sehingga 8 Ogos 2024.

Berangkat sama pada majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga merangkap Tuanku Pro Canselor Unimap.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Unimap turut mendoakan kepemimpinan baharu universiti dapat meneruskan matlamat untuk menjadi antara universiti awam terbaik di dunia.

Pada kesempatan sama baginda turut menitahkan ucapan penghargaan kepada R. Badlishah atas segala khidmat bakti yang dicurahkan dan begitu juga kepada dua orang lagi bekas Naib Canselor iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Prof. Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal dengan harapan mereka akan terus mencurahkan bakti kepada universiti.

Sementara itu, Zaliman memohon limpah perkenan dan sokongan baginda berdua untuk
beliau menabur bakti demi pembangunan agenda pendidikan negara serta memastikan Unimap terus melakar kejayaan dalam apa jua bidang diceburi. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE