Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Individu berisiko amal normal baharu lebih ketat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Individu berisiko amal normal baharu lebih ketat

Individu berisiko amal normal baharu lebih ketat

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Ogos 2021 18:07

KANGAR: Golongan dewasa yang berisiko harus mengamalkan normal baharu dengan lebih ketat di rumah sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu hingga sebulan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah itu supaya tiada penularan wabak kepada kanak-kanak khususnya anak-anak dan cucu-cicit tersayang.

Titah baginda setiap ketua keluarga perlu mengambil serius dan sentiasa memantau status kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing.

“Pastikan juga penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta kebersihan diri dijaga,” titah baginda pada majlis penyerahkn zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Al-Raudhah, Sg Batu Pahat hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Perlis hari ini mencatatkan 50 kes positif Covid-19 iaitu 49 kes tempatan dan 1 kes import B. Ia merupakan rekod tertinggi pernah dilaporkan sehingga hari ini.

Perkembangan yang berlaku itu menimbulkan kebimbangan baginda dan seluruh rakyat Perlis.

Menurut baginda rakyat Perlis hendaklah sentiasa melakukan aktiviti pembersihan atau disinfeksi di rumah, selain menghadkan pelawat yang datang.

Pada majlis itu Syed Nasir Syed Abdul Ghan mewakili 29 asnaf terpilih dalam kalangan ahli kariah masjid berkenaan menerima daripada baginda bernilai RM400 setiap seorang.

Turut diadakan simbolik penyerahan bakul makanan keperluan harian sumbangan Perlis Dolomite Sdn Bhd yang disampaikan Pengurus Besarnya, Mohd Nazif Saparman kepada Tuanku Raja Muda.

Sumbangan itu diagih melalui MAIPs kepada seramai 200 asnaf yang terkesan disebabkan oleh Covid-19 di negeri itu.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim menasihatkan mana-mana individu yang bergejala perlu mendapat rawatan segera.

Katanya juga setiap keluarga perlu memberi perhatian khusus kepada ahli keluarga terutamanya warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Sumber: HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE