Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jemaah lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari sahaja dibenarkan di masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jemaah lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari sahaja dibenarkan di masjid

Jemaah lengkap dua dos vaksin selepas 14 hari sahaja dibenarkan di masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Ogos 2021 18:09

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan hanya kariah yang lengkap dua dos suntikan vaksin selepas tempoh 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua sahaja dibenarkan untuk hadir ke masjid di negeri ini berkuat kuasa solat zohor hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas menerima perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan pandemik Covid-19 di dalam negara dan negeri ini.

Baginda bertitah, kariah yang menerima vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac hanya boleh hadir selepas 14 hari dari tarikh suntikan dos kedua manakala penerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28.

“Kecuali bagi petugas, adalah dilarang untuk keluar kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di kariah lain. Selain itu, pegawai atau jemaah yang menetapi syarat di atas adalah dilarang untuk hadir jika mereka terlibat dengan aktiviti rentas negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja setiap hari.

“Ahli keluarga mereka yang tinggal bersama dengan golongan yang melakukan rentas sempadan juga dilarang hadir melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi tujuan kawalan, hanya aktiviti solat fardu lima waktu dan solat Jumaat sahaja dibenarkan dan aktiviti lain seperti kuliah agama dan ceramah adalah ditangguhkan.

“Manakala solat jenazah yang terdiri dalam kalangan petugas dan ahli keluarga terdekat tidak melebihi 12 orang adalah dibenarkan dengan syarat pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi mereka yang bermusafir, solat sebolehnya dilaksanakan di penginapan. Namun begitu, bagi aktiviti musafir tanpa penginapan di Perlis, ruang solat disediakan di anjung luar masjid pada tiga waktu iaitu 5.30 petang hingga 6.30 petang untuk solat jamak taakhir zohor serta asar dan pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam untuk solat jamak taakhir maghrib dan isyak.

Dalam pada itu, ruang berkenaan disediakan pada jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi bagi solat subuh,” titah baginda.

“Para musafir hendaklah mematuhi segala SOP termasuk membawa sejadah sendiri serta menunaikan solat berjemaah yang terhad bilangan tiga orang dan hanya melibatkan mereka yang bermusafir dalam kenderaan yang sama sahaja,” titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah, akad nikah boleh dilaksanakan di premis persendirian dan di premis Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE