Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs terus agih bantuan kepada sekolah agama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs terus agih bantuan kepada sekolah agama

MAIPs terus agih bantuan kepada sekolah agama

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 15 Ogos 2021 18:14

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.19 juta untuk menampung keperluan Ma’had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) berjumlah RM1,020,000 dan Sekolah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI) bernilai RM 170,000. Ia adalah sebahagian daripada peruntukan MAIPs kepada institusi pendidikan Islam negeri Perlis bagi tahun 2021.

Penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Mudir MATRI, Hj Abdul Hadi Osman dan Penolong Kanan Pentadbiran SRAATI, Aswadi Abdullah di Kompleks MATRI yang terletak di Perkampungan Tanjung Beseri, Kangar baru-baru ini.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Nazim memaklumkan bahawa keseluruhan peruntukan MAIPs untuk semua institusi pendidikan Islam negeri Perlis bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM11.6 juta berbanding RM8.31 juta pada tahun 2020.

Dalam perkembangan lain, Tuanku Raja Muda turut dipersembah maklumkan oleh Mohd Nazim dalam satu sesi taklimat mengenai keadaan semasa para penuntut Perlis di Mesir yang telah mula menjalani kehidupan normal pasca penularan pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Mohd Nazim memaklumkan bahawa negara Mesir yang pernah menjadi negara ke-31 mempunyai jumlah kes tertinggi di dunia pada tahun lalu difahamkan kini telah berjaya menurunkan jangkitan kes dengan hanya 97 kes baharu dilaporkan pada 14 Ogos 2021 menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara tersebut adalah sebanyak 285,158 kes.

Tambah beliau, ‘Menurut maklumbalas yang diberikan secara telesidang oleh Pengerusi Persatuan Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis (KPP) Mesir, Muhammad Uzair Hakimi, buat masa ini, keadaan para penuntut Perlis di sana adalah terkawal dan langkah berjaga-jaga dengan pematuhan SOP dan norma baharu sentiasa dipraktikkan oleh mereka’.

Untuk rekod, seramai 147 orang penuntut Perlis sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dan kebanyakannya tinggal di Kaherah dan selebihnya di bandar Tanta, Mansurah dan Iskandariah. Daripada jumlah berkenaan seramai 87 orang penuntut menginap di Bangunan Asrama Pelajar-Pelajar Perlis Kaherah yang terletak di Seksyen 7, Nasr City, Kaherah dan selebihnya di penempatan sewaan awam yang lain.

Sepanjang pandemik ini, terdapat 2 kes positif Covid-19 membabitkan penuntut Perlis di Mesir beberapa bulan yang lalu dan keadaan mereka telah kembali sihat dan pulih sepenuhnya.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE