Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs sentiasa bantu keluarga Abdul Rahman n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs sentiasa bantu keluarga Abdul Rahman

MAIPs sentiasa bantu keluarga Abdul Rahman

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 17 Ogos 2021 09:25

ARAU: Kesempitan hidup lima beranak di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat di sini yang terpaksa mengutip botol plastik di tepi laut bagi menyara kehidupan sentiasa mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Al-Habshe memberitahu, keluarga tersebut adalah penerima bantuan bulanan MAIPs sebanyak RM200, selain bantuan secara berkala sebanyak RM600 setiap tiga bulan.

Malah katanya, keluarga tersebut sentiasa mendapat perhatian daripada pengurusan masjid setempat, jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan pelbagai jenis bantuan termasuk makanan asas setiap bulan.

“Dari segi rumah pula, kita ada membantu baik pulih, namun MAIPs tidak dapat membantu membina rumah baharu kerana mereka tinggal di atas tanah milik Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Oleh itu, kami tidak boleh membuat struktur kekal di sini kerana perlu mendapatkan kebenaran daripada agensi berkaitan. Bagaimanapun, kami membantu membaik pulih rumah sedia ada itu.

“Antara alternatif lain pula, kami ada berbincang untuk membantu mendapatkan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), namun mereka enggan berpindah dan lebih suka tinggal di rumah tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat rumah keluarga itu, di sini.

 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, akibat kesempitan hidup, seorang nelayan, Abdul Rahman Manaf, 60, tidak kisah mengutip botol plastik di tepi laut untuk dijual bagi menampung kehidupan seharian dia dan keluarganya.

Lima beranak tersebut juga hanya berteduh di sebuah rumah usang milik saudara mereka yang sudah dimakan anai-anai di lokasi tanah rizab laut di kawasan berkenaan.

Sementara itu, keluarga tersebut juga menerima bantuan daripada Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) berupa makanan asas pada setiap bulan selain elaun nelayan sebanyak RM300 dan E-Kasih sebanyak RM250.

Mereka juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan bantuan untuk dua anak keluarga itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental iaitu sebanyak RM300.

Sementara itu, Abdul Rahman bersyukur dengan sumbangan diberikan MAIPs yang sentiasa mengambil berat berhubung kebajikan keluarganya selama ini.

Ketika ditanya sama ada mahu berpindah ke rumah PPR, Abdul Rahman memberitahu, dia lebih selesa untuk tinggal di rumah tersebut pada masa ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE