Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pengeluar Dolomit bantu Bakul Makanan penduduk terkesan Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pengeluar Dolomit bantu Bakul Makanan penduduk terkesan Covid-19

Pengeluar Dolomit bantu Bakul Makanan penduduk terkesan Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 22 Ogos 2021 07:19

PANDEMIK Covid-19 telah membuatkan ramai yang terkesan khususnya ekonomi. Bagaimanapun golongan yang menghadapi masalah kewangan tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa perhatian.

Beruntungnya rakyat Perlis apabila sebuah syarikat pengeluar dolomit untuk pertanian yang beroperasi sejak 15 tahun lalu di Felda Rimba Mas, Padang Besar telah sudi menghulurkan bantuan kotak makanan untuk diagihkan kepada yang layak.

Pengurus Besar, Perlis Dolomite Industries (PDI) Sdn. Bhd., Mohd Nazif Saparman berkata, ini merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan sempena Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-78.

Beliau berkata, pengagihan bakul makanan bernilai RM30,000 ini disampaikan di tiga masjid terpilih di Perlis.

Mohd Nazif berkata, sebanyak 200 bakul makanan bernilai RM10,000 diberikan pada setiap masjid tersebut.

Katanya, pengagihan bakul makanan kepada penerima telah diadakan sempena dengan Program Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beliau berkata, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs telah berkenan hadir pada program pertama yang diadakan di Masjid Al-Raudhah, di Sungai Batu Pahat, Kangar pada minggu lepas.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Beliau berkata, program kedua telah diadakan di Masjid Al-Hakam, Kok Klang, Chuping, semalam.

Mohd Nazif berkata, pihaknya masih belum menetapkan masjid yang bakal dipilih untuk minggu depan yang merupakan program terakhir pemberian bakul makanan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE