Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Penarafan lima bintang bukti Unimap kukuh pembelajaran dalam talian n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Penarafan lima bintang bukti Unimap kukuh pembelajaran dalam talian

Penarafan lima bintang bukti Unimap kukuh pembelajaran dalam talian

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 22 Ogos 2021 07:23

KANGAR: Universiti Malaysia Perlis (Unimap) yang menerima penarafan lima bintang bagi QS Stars Online Learning pada tahun 2020 menjadi bukti kukuh bahawa universiti itu berjaya melakukan dengan baik dalam menawarkan pembelajaran secara dalam talian. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagaimanapun, ruang untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran tersebut sentiasa ada

“Justeru, adalah menjadi kewajipan semua peringkat Unimap untuk terus berusaha di masa akan datang,” titah baginda selepas berkenan menerima sembah mengadap Naib Canselor Unimap baharu, Prof. Dr. Zaliman Sauli melalui platform digital di sini semalam.

Zaliman Sauli dilantik memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 9 Ogos lalu sehingga 8 Ogos 2024.

Baginda yang juga merangkap Canselor Unimap bertitah, daripada segi akademik, kemampuan universiti dalam menawarkan pembelajaran secara dalam talian kepada para pelajarnya benar-benar teruji dan mencabar pada tahun lalu.

“Pada awalnya, keputusan mengaplikasikan sepenuhnya proses pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan menggunakan mod ini mengambil masa yang begitu lama untuk diperbincangkan dan timbul pelbagai halangan dan kebimbangan.

“Ada juga yang sudah selesa dan terbiasa dengan kaedah konvensional sedia ada. 

“Alhamdulillah, walaupun berhadapan dengan begitu banyak sekali cabaran daripada segi teknikal, kapasiti, kemampuan dan ‘know-how’, situasi pandemik Covid-19 ini secara tidak langsung telah berjaya memaksa kita semua melaksanakan proses PdP secara dalam talian,” titah baginda.

Sementara itu, Zaliman berkata, Unimap akan terus berusaha keras bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan serta mempergiat dan memperkasakan lagi pembangunan bakat dan kebolehan warganya bagi memacu hala tuju universiti ke arah lebih gemilang. 

“Kita akan terus berusaha untuk memastikan inisiatif ‘Unimap untuk masyarakat’ atau juga dikenali dengan ‘unimap4society’ akan memberi kesan dan impak kepada komuniti dengan sebaik mungkin seperti mana yang dihasratkan,” katanya.

Sumber: Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE