Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis

Letakkan kepentingan rakyat mengatasi politik peribadi - Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Ogos 2021 08:46
KANGAR: Para pemimpin diseru berfikiran rasional dan saling bekerjasama, serta meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dengan mengatasi kepentingan politik peribadi.
 
Demikian titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang menuntut semua pemimpin memainkan peranan sebagai mata dan telinga rakyat agar setiap isu diberikan penyelesaian terbaik.
 
Oleh itu, titah baginda, semua wakil rakyat perlu mendengar keluh kesah rakyat, bagi membolehkan setiap perancangan yang dibuat mengambil kira kepentingan sehingga ke peringkat akar umbi.
 
“Beta ingin menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa berfikiran rasional dan saling bekerjasama dalam mengekalkan kestabilan ini.
 
"Letakkan kepentingan rakyat di hadapan, mengatasi kepentingan politik peribadi.
 
"Beta yakin dengan perancangan teliti Kerajaan Negeri, didorong pula oleh suasana politik yang stabil, Perlis akan menjadi destinasi menarik kepada pelabur-pelabur dan akan terus bergerak maju," titahnya.
 
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-14 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.
 
Berangkat sama, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
 
Tuanku Syed Sirajuddin seterusnya menyentuh mengenai kemajuan agenda pembangunan ekonomi negeri yang terkesan dan tidak dapat bergerak serta beroperasi sepenuhnya.
 
Baginda bertitah, adaptasi kepada pendekatan, mekanisme pelaksanaan, proses kerja dan idea kreatif serta inovatif perlu dibuat bagi memantapkan semula ekonomi negeri.
 
Justeru, jentera kerajaan perlu diperkukuh melalui program pembangunan modal insan yang bersesuaian.
 
Baginda turut mendoakan agar situasi wabak COVID-19 dalam negara bertambah baik dan rakyat dapat kembali menjalani kehidupan harian yang normal.
 
"Beta berharap segala perancangan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pusat dalam mendepani dan menangani wabak COVID-19 ini akan membuahkan hasil, Insya-Allah," tambah baginda.
 
Persidangan DUN Perlis berlangsung tiga hari bermula hari ini.
Sumber: Astro Awani 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE