Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Covid-19, ketidaktentuan politik menjejaskan iklim pelaburan negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Covid-19, ketidaktentuan politik menjejaskan iklim pelaburan negara

Covid-19, ketidaktentuan politik menjejaskan iklim pelaburan negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Ogos 2021 08:51

KANGAR: Penularan wabak Covid-19 yang masih belum ada tanda ke arah pemulihan dan disulami pula dengan ketidaktentuan politik negara sejak akhir-akhir ini boleh menjejaskan iklim pelaburan negara.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, kombinasi kedua-dua situasi ini memberi kesan negatif secara langsung kepada agenda pembangunan negara.

Baginda bertitah, kekeliruan dan ketidaktentuan politik menjadikan pelabur-pelabur untuk tidak tertarik melabur dalam negara ini.

“Malah pelabur sedia ada mungkin akan menarik pelaburan mereka dan berhijrah ke negara lain yang dilihat lebih menarik. Jika situasi begini berterusan, ia bakal merencatkan agenda pembangunan negara.

“Malah tidak mustahil, ia boleh menarik pembangunan negara berundur ke belakang,” titah baginda dalam ucapan Perasmian Pengggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Dun Perlis, di sini hari ini.

Bagaimanapun, baginda merasa agak lega kerana iklim politik di Perlis adalah tenang dan stabil dan menyeru supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk sentiasa berfikiran rasional dan saling bekerjasama dalam mengekalkan kestabilan ini.

“Letakkan kepentingan rakyat di hadapan mengatasi kepentingan politik peribadi. Beta yakin dengan perancangan teliti kerajaan negeri, didorong pula oleh suasana politik yang stabil, Perlis akan menjadi destinasi menarik kepada pelabur-pelabur dan akan terus bergerak maju,” titah baginda.

Sementara itu, baginda menzahirkan rasa gembira dan berbangga dengan tahap kesedaran tinggi rakyat Perlis mengenai bahaya Covid-19 dan tindakan pantas kerajaan negeri yang menyantuni dan bertindak ke atas isu-isu besar yang dibangkitkan.

“Kejayaan Perlis menuju ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkait rapat dengan pencapaian program vaksinasi. Perlis telah pun mencapai nilai ambang melebihi 59.3 peratus kadar vaksinasi dua dos di kalangan penduduk berumur 18 tahun ke atas. Kita semakin menghampiri ambang 80 peratus kadar vaksinasi dua dos untuk mencapai imuniti berkelompok.

“Negara-negara yang telah mencapai imuniti berkelompok seperti Singapura, New Zealand, China dan beberapa negara barat sudah boleh melangkah ke hadapan di segi pembangunan ekonomi. Pengalaman dan kejayaan mereka boleh dijadikan contoh untuk kita ikuti.

“Oleh itu, Beta menyeru agar rakyat Perlis yang belum lagi menerima vaksinasi supaya melakukannya segera melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” titah baginda lagi.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE