Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rebut Peluang Penuhi Permintaan Makanan Halal

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Rebut Peluang Penuhi Permintaan Makanan Halal

/ Archive MAIPs / Friday, 11 September 2015 21:28

SONGKHLA ,11 Sept. 2015(Jumaat) – Malaysia dan Thailand wajar bekerjasama dan membuat persediaan untuk memenuhi permintaan terhadap makanan halal yang semakin meningkat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama itu boleh dijayakan berdasarkan pengiktirafan dunia ke atas sijil halal Malaysia, manakala wilayah Selatan Thailand pula kaya dengan bahan mentah dan pertanian.

“Permintaan terhadap produk halal yang secara tradisinya terdiri daripada makanan dan minuman telah berkembang meliputi pelbagai bidang, seperti perubatan, pelancongan, perbankan, hospitaliti, kosmetik dan projek penjagaan diri.

“Selain pertambahan penduduk dan pendapatan yang semakin meningkat, Selatan Thai dengan lebih 20 juta penduduknya beragama Islam dan bersempadan dengan Perlis, boleh memanfaatkan kelebihan masing-masing bagi menjayakan kerjasama strategik berlandaskan kepentingan bersama,” titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda menyampaikan titah ucaptama bertajuk Peluang Membina Kolaborasi Antara Perlis dan Thailand di Pameran Produk Halal Dunia (HAPEX) 2015 di Pusat Konvensyen Peringatan Sambutan 60 Tahun Pemerintahan Raja Thailand, Prince of Songkhla University (PSU), kampus Hat Yai, di sini petang semalam. Seminar dan pameran HAPEX anjuran PSU dari 10 hingga 13 Sept ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, M.L. Panadda Diskul.

Ketua Setiausaha Pertubuhan Halal Islam Antarabangsa (IIHO), Dr. Saleh Alaayed Diskul dan Presiden PSU, Dr. Chusak Limsakul turut menyampaikan ucapan masing-masing pada seminar itu.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE