Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negara

Raja Perlis harap pelantikan Ismail Sabri bawa kestabilan negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Ogos 2021 08:59

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membawa kepada kestabilan negara.

Baginda juga berharap Ismail Sabri mampu mengurus dan menangani pandemik Covid-19 yang memberi kesan mendalam terhadap kehidupan rakyat.

“Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri kesembilan dan berharap agenda pembangunan negara dapat diteruskan bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19,” titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Perasmian Penggal Persidangan Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Kompleks DUN Perlis dekat sini pada Selasa.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah kombinasi dua situasi iaitu wabak Covid-19 dan iklim politik negara yang tidak menentu memberi kesan negatif kepada agenda pembangunan negara yang secara amnya terjejas dengan serius.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah kekeliruan dan ketidaktentuan politik ini juga tidak sihat kepada iklim pelaburan negara dan pelabur tidak akan tertarik untuk melabur dalam situasi begini.

“Pelabur sedia ada mungkin akan menarik pelaburan mereka dan berhijrah ke negara lain yang dilihat lebih menarik,” titah baginda.

Titah baginda jika situasi begini berterusan, ia bakal merencatkan agenda pembangunan negara.

Sumber: Sinar Harian

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE