Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jaga kesihatan mental, fizikal hadapi pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jaga kesihatan mental, fizikal hadapi pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis

Jaga kesihatan mental, fizikal hadapi pandemik Covid-19 – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 25 Ogos 2021 16:40

Semua pihak hendaklah memastikan kita semua kekal sihat secara fizikal dan sejahtera dari segi mental dalam menghadapi segala cabaran akibat wabak Covid-19.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan bersesuaian boleh dilakukan seisi keluarga di rumah. Ini termasuklah dengan melakukan riadah atau senaman ringan yang mudah serta aktiviti relaksasi bersama isteri dan anak-anak sama ada di dalam mahupun di halaman rumah masing-masing.

Manakala bagi yang mengemari aktiviti seni dan kraftangan pula, lakukanlah aktiviti ini dengan memberikan galakkan kepada anak-anak agar mengekspresikan lagi kreativiti atau bakat mereka seperti membuat graffiti atau miural di dinding sama ada di ruang tamu atau bilik yang dikhaskan, melukis potret ahli keluarga, mengatur hias semula suasana ruang dalam rumah dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti sukan seperti pingpong, dart, memanah dan lain-lain aktiviti yang difikirkan bersesuaian boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi komunikasi dan kemesraan di kalangan ahli keluarga dan pada masa yang sama akan mengukuhkan keyakinan dan kepercayaan diri anak-anak agar terus berkembang sihat medepani masa depan mereka.

Demikian dititahkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena kempen ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim pula mencadangkan bahawa aktiviti keagamaan seperti beribadah bersama keluarga perlulah dipertingkatkan. Bagi masyarakat Islam, ibadah seperti solat fardhu secara berjemaah, membaca al-Quran serta memperdengarkan tazkirah ringkas amat sesuai diamalkan bagi mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan dan meningkatkan keyakinan serta pengharapan kita terhadap Allah swt melalui berdoa yang dipanjatkan secara bersama untuk keselamatan diri dan keluarga khususnya dan negeri serta negara umumnya.

Tambah Dr Sirajuddin lagi, ‘Lakukanlah juga perkara-perkara yang lebih kreatif dan tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang baharu demi mengukuhkan lagi ikatan mesra antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya yang masih kecil dengan aktiviti bercerita seperti ‘story-telling’ dengan menggunakan patung-patung tangan (puppet) dan mengvariasikan cara penceritaan bagi menarik minat mereka selain memberikan keselesaan dan rasa selamat dalam kalangan kanak-kanak’.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE