Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pembelajaran dalam talian perlu ambil kira jurang akses digital n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pembelajaran dalam talian perlu ambil kira jurang akses digital

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 29 Ogos 2021 22:28

ARAU : Sebarang keputusan berhubung pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian, perlu menimbang soal ketidaksamaan akses pada teknologi sekali gus tidak melebarkan jurang digital di seluruh dunia. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ini kerana, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menganggarkan sebanyak 40 peratus pelajar yang terbabit dengan penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia khususnya sekolah tidak memiliki akses kepada jaringan internet sehingga Mei 2021 lalu.

Baginda bertitah, pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Namun, suasana semasa pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi di seluruh dunia telah mengakibatkan kesan besar kepada dunia pendidikan. Cabaran yang dihadapi ini telah menjejaskan kira-kira 1.5 bilion pelajar dan keluarga di seluruh dunia.

“Bagi menghadapi suasana ini, kaedah pembelajaran jarak jauh serta perubahan dasar pentaksiran dan peperiksaan telah dilaksanakan di seluruh dunia demi meneruskan kelangsungan proses pendidikan dan pelajaran.

“Namun menurut UNESCO dan ITU, kira-kira 40 peratus pelajar yang terbabit dengan penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia khususnya sekolah tidak memiliki akses kepada jaringan internet. Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas  program Hijrah Minda MAIPs ke-26 bagi tahun ini di Masjid Nurul Mukminin, Kampung Alor Ara dekat sini hari ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut menyampaikan secara simbolik bantuan kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan yang diserahkan melalui amilnya Harif Wahab untuk diagihkan iaitu sebanyak RM400 setiap seorang.

Terdahulu, diadakan simbolik penyerahan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bakul makanan daripada Syarikat Perlis Dolomite Sdn Bhd kepada 200 buah keluarga asnaf terpilih yang dipersembahkan oleh Pengarah Urusannya, Puan Sri Yong Norita Ahmad dan disaksikan oleh baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs.- UTUSAN ONLINE 

ARAU : Sebarang keputusan berhubung pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian, perlu menimbang soal ketidaksamaan akses pada teknologi sekali gus tidak melebarkan jurang digital di seluruh dunia. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, ini kerana, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) menganggarkan sebanyak 40 peratus pelajar yang terbabit dengan penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia khususnya sekolah tidak memiliki akses kepada jaringan internet sehingga Mei 2021 lalu.

Baginda bertitah, pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan menjejaskan pembangunan sesebuah negeri dan negara. 

Namun, suasana semasa pandemik Covid-19 yang sedang dihadapi di seluruh dunia telah mengakibatkan kesan besar kepada dunia pendidikan. Cabaran yang dihadapi ini telah menjejaskan kira-kira 1.5 bilion pelajar dan keluarga di seluruh dunia.

“Bagi menghadapi suasana ini, kaedah pembelajaran jarak jauh serta perubahan dasar pentaksiran dan peperiksaan telah dilaksanakan di seluruh dunia demi meneruskan kelangsungan proses pendidikan dan pelajaran.

“Namun menurut UNESCO dan ITU, kira-kira 40 peratus pelajar yang terbabit dengan penutupan institusi pendidikan di seluruh dunia khususnya sekolah tidak memiliki akses kepada jaringan internet. Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas  program Hijrah Minda MAIPs ke-26 bagi tahun ini di Masjid Nurul Mukminin, Kampung Alor Ara dekat sini hari ini.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Baginda turut menyampaikan secara simbolik bantuan kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan yang diserahkan melalui amilnya Harif Wahab untuk diagihkan iaitu sebanyak RM400 setiap seorang.

Terdahulu, diadakan simbolik penyerahan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bakul makanan daripada Syarikat Perlis Dolomite Sdn Bhd kepada 200 buah keluarga asnaf terpilih yang dipersembahkan oleh Pengarah Urusannya, Puan Sri Yong Norita Ahmad dan disaksikan oleh baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE