Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Rasmi NCTS 2021 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Berkenan Rasmi NCTS 2021

Raja Muda Perlis Berkenan Rasmi NCTS 2021

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 September 2021 09:52

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima undangan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis untuk merasmikan ‘National Conference on TVET Undergraduate Students (NCTS 2021)’ yang akan diadakan secara webinar pada selasa 14 September 2021 yang akan datang nanti.

Tahun ini buat julung kalinya, NCTS direncana dan dilancarkan sebagai satu wadah khas kepada mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti secara maya untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dalam bidang TVET.

Titah Tuanku Raja Muda,‘Pelaksanaan persidangan seperti ini amat bertepatan dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ketika kini yang memerlukan pelajar belajar secara kendiri dan tidak hanya menerima ilmu semata-mata, bahkan berperanan sebagai penghasil ilmu bersama.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi melalui Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis serta semua para pembentang yang menghantar manuskrip kajian masing-masing ke NCTS dan berharap semoga pembentangan masing-masing berjalan dalam suasana kritis dan harmoni.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE