Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Akan Rasmi Hari Guru Secara Pandu Lalu Dan Strim Langsung n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Akan Rasmi Hari Guru Secara Pandu Lalu Dan Strim Langsung

Raja Muda Perlis Akan Rasmi Hari Guru Secara Pandu Lalu Dan Strim Langsung

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 06 September 2021 10:07

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima undangan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Negeri Perlis untuk menyampaikan titah ucapan dan seterusnya merasmikan ‘Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perlis Tahun 2021’ yang akan diadakan secara ‘Drive Through’ dan ‘Live Streaming’ pada 22 September 2021 yang akan datang nanti.

Anugerah-anugerah kepada ‘Tokoh Kepimpinan’, ‘Tokoh Guru Negeri Perlis’ serta anugerah-anugerah lain akan turut diumumkan di majlis berkenaan dengan harapan semoga ianya akan dapat mendorong semua warga pendidik di negeri ini untuk terus memberikan khidmat bakti yang mantap dan terbaik.

Tuanku Raja Muda menitahkan bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baru“ pada kali ini secara tuntasnya menuntut para guru untuk menggalas peranan dan tanggungjawab sebagai ‘penggerak’ dalam merealisasikan aspirasi bangsa, negara dan negeri ke arah melahirkan modal insan yang hebat serta mempunyai keperibadian unggul.

Baginda menyeru para pendidik sekalian agar terus memainkan peranan mendokong dan memartabatkan Perlis sebagai sebuah ‘Negeri Ilmu’ dan berharap semoga segala pengorbanan yang dicurahkan beroleh keberkatan dan memacu kecemerlangan pendidikan.

‘Sesungguhnya, komitmen dan dedikasi para guru telah banyak membantu meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan di negeri bertuah ini’, titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Co-opbank Pertama, Bank Rakyat dan juga RHB Bank bersetuju untuk menjadi penyumbang sempena sambutan kali ini yang sepatutnya disambut pada 16 Mei 2021 yang lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan. Sambutan kali ini amat bermakna sekali kerana telah genap 50 tahun semenjak ianya disambut di peringkat kebangsaan buat kali pertama pada tahun 1972.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE