Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Gesa Stesen TV Banyakkan Program Agama n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Perlis Gesa Stesen TV Banyakkan Program Agama

/ Archive MAIPs / Jumaat, 20 November 2015 21:28
 
 

KANGAR, 20 Nov 2015 (Jumaat) - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melahirkan rasa kurang senang baginda mengenai program dan acara berunsurkan hiburan dan melalaikan yang lebih banyak disiarkan oleh televisyen berbanding program agama. Baginda bertitah walaupun program-program dan kelas penghayatan Islam banyak disiarkan di televisyen dan masjid-masjid namun program hiburan yang keterlaluan lebih banyak disiarkan.

"Saya berharap jabatan dan agensi agama Islam, para pemimpin masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha mengadakan lebih banyak program dan gerak kerja memperkasa akidah dan akhlak umat Islam negara ini.

 "Penganjuran kelas tadabbur al-Quran dalam kumpulan kecil yang membincangkan pengajaran yang terkandung dalam al-Quran hendaklah dihidupkan untuk membuka minda umat Islam mengenai realiti kehidupan dengan mesej kalimah suci daripada Allah SWT,'' titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah merasmikan program 'Perkampungan Sunnah Sesi Kedua 2015' anjuran Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Alwi di sini malam ini. Berangkat sama pada program itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan turut hadir.

Baginda merakamkan penghargaan kepada Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana sering memberikan hujah dan pandangan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah terhadap isu-isu yang membelenggu umat Islam. "Khazanah ilmu dalam al-Quran sangat luas, tepat dan penuh dengan fakta-fakta saintifik tetapi al-Quran bukanlah buku teks atau buku rujukan yang menyenaraikan fakta-fakta sains dan sejarah semata-mata, " titah baginda.

Azlan dalam ucapannya sebelum itu berharap program tersebut memberi kesempatan kepada orang ramai khususnya rakyat Perlis menambah ilmu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri. Perkampungan Sunnah kali kedua itu bertemakan 'Al-Quran Khazanah Pengetahuan' berlansung selama tiga hari sehingga Ahad ini. Program pertama Mei lepas mendapat sambutan di luar dugaan. 
Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE