Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlu jujur kuarantin kendiri – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlu jujur kuarantin kendiri – Raja Muda Perlis

Perlu jujur kuarantin kendiri – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 07 September 2021 13:54

KANGAR : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan setiap individu supaya jujur apabila perlu kuarantin kendiri di rumah jika terlibat dengan aktiviti berisiko seperti merentas negeri dan menghadiri majlis di luar negeri ini.

Titah baginda, seluruh masyarakat juga perlu wajib mematuhi arahan kuarantin yang dikeluarkan pihak kesihatan jika dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit Covid-19.

“Seluruh masyarakat wajib untuk mematuhi arahan kuarantin jika telah dikenal pasti sebagai individu yang disyaki, kontak rapat atau kes positif Covid-19 yang dikelaskan sebagai sesuai dirawat di rumah. 

“Justeru, individu terbabit perlu kekal tinggal di rumah melainkan bagi mendapatkan rawatan perubatan kecemasan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama agensi-agensi di bawah naungannya dengan Jabatan Kesihatan negeri yang diadakan secara dalam talian di sini, hari ini.

Hadir sama, Mufti Perlis, Datuk Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin, penjagaan khusus terhadap ahli keluarga dalam kalangan warga emas dan berpenyakit kronik hendaklah  terus diberikan perhatian kerana mereka amat berisiko mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya dijangkiti Covid-19.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim mengingatkan setiap ketua keluarga supaya terus memainkan peranan dengan memantau status kesihatan diri dan juga setiap ahli keluarga masing-masing. 

Katanya, pastikan semua ahli keluarga yang layak divaksin untuk segera mendaftar dan seterusnya mendapatkan suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat. 

“Langkah tersebut amat penting kerana dapat melindungi ahli keluarga yang masih belum layak menerima vaksin seperti kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit seperti kanser dan lain-lain penyakit. 

“Seluruh rakyat juga wajib mengamalkan norma atau kebiasaan baharu sepanjang masa dengan memastikan pemakaian pelitup muka yang betul, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial,” katanya. 

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE