Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hargai pengorbanan Askar Wataniah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hargai pengorbanan Askar Wataniah – Raja Muda Perlis

Hargai pengorbanan Askar Wataniah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 09 September 2021 12:36

Rejimen 504 Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia menyambut Hari Ulang Tahunnya ke-41 pada hari semalam iaitu 7 September 2021.

Menurut Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, sejak ditubuhkan pada 7 September 1980 rejimen berkenaan telah melalui pelbagai analogi suka duka hasil penat, keringat dan air mata perajurit yang terdahulu sehingga teguhnya rejimen tersebut pada hari ini.

Oleh yang demikian, hargailah pengorbanan mereka ini kerana tanpa mereka mungkin kita tidak dapat menikmati apa yang dikecapi pada hari ini.

Baginda yang juga merangkap Tuanku Komander rejimen yang berpegang kepada slogan ‘Di Latih Untuk Perang’ tersebut mengingatkan bahawa Askar Wataniah merupakan wadah utama bagi menyumbang segala bakti untuk negara bukan sahaja merangkumi aspek pertahanan, malahan juga ia amatlah luas meliputi kemanusiaan dan bantuan bencana alam yang juga merupakan satu operasi tentera selain perang.

Sementara itu, Timbalan Komander rejimen sukarela itu, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak memaklumkan bahawa satu acara perbarisan melibatkan keanggotaan minima dijadualkan berlangsung pada pagi Sabtu 11 September 2021 yang akan datang mengikut SOP ketat semasa yang dibenarkan bagi meraikan sambutan ini yang disekalikan dengan Perbarisan Ulung Komander Rejimen Tahun 2021, Pemakaian Pangkat Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah Perlis dan juga Pembukaan Kursus Asas Perajurit Muda (APMS) Siri 1 bagi tahun 2021 di Kem Bukit Keteri.

Tambah Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi, kesemua acara ini dilaksanakan serentak setelah tertangguh akibat pengawalan pandemik Covid-19. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak rejimen masih membuka pendaftaran baru keanggotaan terutama kepada rakyat Perlis samada lelaki atau wanita berumur 18 hingga 45 tahun, berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tiada rekod jenayah.

Mereka yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut melalui Facebook : Rejimen Askar Wataniah Perlis, Page : Rejimen 504 Askar Wataniah atau datang sendiri ke Kem Bukit Keteri pada setiap hari bekerja mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE