Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tiada noktah usaha subur minat membaca – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tiada noktah usaha subur minat membaca – Raja Muda Perlis

Tiada noktah usaha subur minat membaca – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 September 2021 08:24

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa masyarakat yang membaca merupakan lambang ketamadunan sesebuah negara.

Dorongan kepada minat membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan secara berterusan. Tiada titik noktah dalam usaha menyemarakkan minat membaca. Oleh itu, segala usaha perlu digemblengkan secara bersama-sama dari semua peringkat masyarakat.

Dalam situasi yang tidak menentu seperti sekarang, bahan bacaan tidak terhad kepada bahan fizikal sahaja, tetapi juga boleh diakses secara atas talian di laman sesawang.

Terokailah dunia maklumat tanpa sempadan yang menawarkan pelbagai bahan bacaan seperti e-buku, e-majalah dan e-suratkhabar serta e-pembelajaran yang banyak boleh diakses secara percuma dihujung jari masing-masing.

Demikian titah Tuanku Raja Muda merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ menerusi titah perutusan sempena memperingati ‘Hari Literasi Sedunia’ atau ‘International Literacy Day’ yang disambut pada 8 September saban tahun semalam.

Sambutan tersebut bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap masalah literasi yang wujud di kalangan komuniti tempatan dan juga secara global.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra menasihatkan masyarakat Perlis untuk terus menjadikan perpustakaan yang terdapat di segenap pelusuk negeri sebagai tempat riadah minda. Apabila berada di perpustakaan ilmu pengetahuan dapat diterokai seolah-olah berada di serata pelusuk dunia. Pelbagai pilihan bahan bacaan bercetak, dengan subjek yang berbeza, setia menanti pengunjung untuk menelaah setiap isi kandungannya.

Untuk rekod, tahap literasi bagi populasi dunia telah meningkat secara mendadak dalam beberapa abad yang lalu. Pada tahun 1820 hanya 12% populasi dunia yang boleh membaca dan menulis, namun pada hari ini yang berlaku adalah sebaliknya di mana hanya 14% dari populasi dunia didapati masih dalam keadaan buta huruf.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE