Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - UniMAP antara universiti jalankan penyelidikan tanaman HEMP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
UniMAP antara universiti jalankan penyelidikan tanaman HEMP

UniMAP antara universiti jalankan penyelidikan tanaman HEMP

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 10 September 2021 15:12

ARAU, 10 Sept -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjadi universiti awam pertama di negara ini menjalankan penyelidikan mengenai tanaman hemp (Cannabis sativa) sebagai produk pertanian yang berpotensi dibangunkan sebagai cabang ekonomi pada masa hadapan.

Naib Canselornya Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata UniMAP mengorak langkah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama sebuah syarikat iaitu MyUS Hemphouse Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur bagi melakukan kajian terhadap produk tersebut.

“Seperti yang kita tahu, tanaman hemp ini memerlukan pengawalan yang ketat di samping ia juga berupaya menjadi sumber ekonomi negara di masa hadapan kerana sudah ada negara maju yang membenarkan penggunakan hemp untuk dikomersialkan.

“MoU ini membolehkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan di UniMAP dan penekanan akan diberikan menerusi Institut Agroteknologi Lestari (INSAT) di Sungai Chuchuh, Padang Besar di kawasan tanaman seluas 0.8 hektar,” katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU berkenaan di sini hari ini.

Terdahulu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan menyaksikan MoU antara Zaliman dan Ketua Pegawai Eksekutif MYUS Datuk Nellsen Young itu.

UniMAP dan MyUS akan menjalankan penyelidikan mengenai prosedur dan aplikasi penanaman hemp serta memberi tumpuan kepada bahan-bahan berfungsi untuk pertanian terutamanya secara organik bagi meningkatkan produk pertanian negara.

“Dengan perjanjian ini, aktiviti penyelidikan mengenai penanaman ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekali gus hubungan universiti-industri dapat dieratkan dengan program kolaborasi penyelidikan yang dijalankan,” kata Zaliman.

MyUS merupakan satu daripada beberapa syarikat yang bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran menanam, memelihara dan mengurus pengeluaran tanaman hemp serta mengeluarkan produk berasaskan tanaman hemp yang inovatif untuk penggunaan fiber komposit, biodiesel, perubatan, terapi dan pemeliharaan kesihatan.

UniMAP melalui INSAT akan menyediakan fasiliti yang merangkumi penggunaan tanah untuk aktiviti penanaman tanaman tersebut manakala MyUS bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan infrastruktur, sumber teknikal serta bantuan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Sementara itu, Young ketika ditemui berkata pihaknya akan membuat permohonan terlebih dahulu kepada kerajaan bagi mendapatkan kebenaran untuk membawa masuk benih ke negara dan akan mula untuk proses penanaman.

“Kami kini sedang mendapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk membawa benih ke sini. Seperti kita maklum, Perlis mempunyai cuaca dan iklim sesuai untuk tanaman hemp ini,” katanya.

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE