Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Patuh SOP meskipun sudah lengkap dua dos vaksin – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Patuh SOP meskipun sudah lengkap dua dos vaksin – Raja Muda Perlis

Patuh SOP meskipun sudah lengkap dua dos vaksin – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 11 September 2021 22:08

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua individu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) meskipun telah lengkap menerima dua dos vaksin.

Titah baginda, langkah tersebut penting bagi mengelakkan diri terdedah jangkitan Covid-19 yang seterusnya bukan sahaja membahayakan diri sendiri bahkan ahli keluarga terdekat.

Dalam masa sama, baginda bertitah, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), pengamalan norma baharu dan pematuhan SOP adalah ‘kunci’ utama membendung Covid-19.

“Malah, mana-mana individu meskipun telah melengkapkan dua dos vaksinasi sekalipun, namun mereka masih perlu untuk terus mematuhi segala bentuk SOP yang ditetapkan bagi mengelak diri daripada terdedah dengan jangkitan,” titah baginda selepas berkenan berangkat meninjau kerja-kerja menaik taraf pekan lama Arau, di sini hari ini.

Proses naik taraf tersebut membabitkan kerja-kerja mengecat setiap bangunan rumah kedai berwarna kuning atas inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

Projek berkenaan turut mendapat kerjasama Persatuan Usahawan China Malaysia (PUCM) melalui presidennya, Datuk Keith Li Zhongping dan diselaraskan pihak Perlis Volunteer Action Community (PVAC) dengan bantuan tenaga sukarelawan dan juga beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan negeri ini termasuk para asnaf di persekitaran kawasan Kota Raja Arau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, vaksin yang diberikan mampu melindungi daripada jangkitan Covid-19.

Seterusnya beliau mengajak orang ramai supaya tidak lupa untuk mendaftar dan sentiasa menyemak tarikh janji temu serta hadirlah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan masing-masing.

“PICK Perlis akan terus dijalankan sehingga kadar vaksinasi keseluruhan di negeri ini mencapai 90 peratus sekali gus imuniti kelompok berjaya dibentuk dan kita dapat kembali menjalani rutin kehidupan harian seperti biasa, namun dalam norma baharu,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE