Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jujur soal Covid-19 tanpa kira darjat – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jujur soal Covid-19 tanpa kira darjat – Raja Muda Perlis

Jujur soal Covid-19 tanpa kira darjat – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 14 September 2021 09:52

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail mengingatkan semua bahawa wabak Covid-19 tidak mengenal usia, darjat dan status. Oleh itu, sesiapa sahaja yang bergejala, haruslah jujur dan menjalani kuarantin kendiri mengikut nasihat pakar. Janganlah bersifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain melalui tingkah laku kita yang berbahaya dengan menyebarkan wabak ini dan membebankan segelintir rakyat yang lain.

Slogan ‘Kita Jaga Kita’ perlu menebal dalam jiwa setiap rakyat. Sifat empati di kalangan rakyat terhadap frontliners dalam saling membantu menguatkuasakan peraturan bagi membendung wabak ini dari terus merebak haruslah dipertingkatkan khususnya kepada rakyat yang masih belum menerima vaksin, haruslah segera mendapatkan suntikan vaksin di Pusat-pusat Pemberian Vaksin yang ditubuhkan.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sempena program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-27 bagi tahun 2021 yang diadakan di Masjid Al Munawwarah, Kg Sungai Bugis, Simpang Empat, Perlis.

Baginda turut menyampaikan bantuan kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan yang diserahkan kepada amilnya Mohd Zaki Abd Ratin untuk diagihkan. Setiap seorang menerima RM400 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM11,600.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Sirajuddin Hashim berharap sifat dakyah dan memandang serong terhadap vaksin haruslah diketepikan terutamanya terhadap frontliners. Kerjasama rakyat amat diharapkan agar bebanan di hospital dan fasiliti kesihatan dapat dikurangkan apabila kes-kes jangkitan Covid 19 yang serius dapat dicegah.

Turut diadakan bersempena program tersebut ialah sesi taklimat berjudul ‘Rakyat Perlis Benci Najis Dadah’ oleh penceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE