Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Berkenan Lancar Program 'Jihad Ilmu KUIPs' Bantu Pelajar Miskin n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Berkenan Lancar Program 'Jihad Ilmu KUIPs' Bantu Pelajar Miskin

/ Archive MAIPs / Isnin, 23 November 2015 21:28

 

PADANG BESAR, 23 Nov 2015 (Isnin) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan melancarkan program 'Jihad Ilmu Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)' bagi membantu pelajar miskin tempatan dan luar negara. Pelancaran disempurnakan di Kampus KUIPs di Kompleks Uniciti Sungai Chuchoh, Titi Tinggi di sini, sempena mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang dipengerusikan baginda di kampus berkenaan.

Turut menyaksikan pelancaran itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi bin Hassan dan Mufti Kerajaan Negeri, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Tuanku Syed Faizuddin adalah Canselor KUIPs. Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran itu, Rektor KUIPs Dr. Mohd Mizan Aslam berkata dengan pelancaran itu, KUIPs akan melaksanakan tiga aktiviti ke arah membantu pelajar miskin tempatan dan luar negara.

Satu daripada program itu ialah menanggung kos pembelajaran sama ada separuh atau sepenuh jumlah perbelanjaan diperlukan kepada mereka yang terpilih mengikuti pengajian bagi sesi Januari akan datang di kolej berkenaan. Mohd Mizan berkata bantuan bakal diberi termasuk yuran pengajian, penginapan dan pengangkutan kepada pelajar baharu yang akan memulakan pengajian mereka.

Program kedua ialah memberi bimbingan percuma kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mempelajari bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Beliau berkata KUIPs telah mengenal pasti beberapa pensyarahnya untuk memberi bimbingan tersebut, termasuk pensyarah dari Kanada, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu. Pelajar yang berminat mempelajari kedua-dua bahasa itu boleh membuat pendaftaran dengan menghubungi KUIPs di talian 04-9493000 sebelum 14 Disember. Pengajian bermula 15 Dis ini hingga 15 Mac 2016, bagi melayakkan peserta mendapat sijil.

Sementara program ketiga ialah memberi biasiswa di bawah Biasiswa Jamalullail yang baharu diperkenalkan kepada pelajar Islam cemerlang daripada keluarga miskin dari Kemboja, Myanmar, Laos, Vietnam dan Thailand, yang diterima masuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah di kolej berkenaan. Mohd Mizan berkata pihaknya memerlukan dana sebanyak RM1juta untuk mengagihkan biasiswa tersebut yang dijangka bermula pada sesi pengambilan pelajar luar negara, pada April tahun depan.

Sehubungan itu, KUIPs amat mengharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak termasuk sektor awam, swasta dan orang perseorangan bagi menyumbang kepada tabung biasiswa tersebut.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE