Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hayati Rukun Negara sempena Hari Malaysia

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Hayati Rukun Negara sempena Hari Malaysia

Hayati Rukun Negara sempena Hari Malaysia

/ Berita Terkini MAIPs / Saturday, 18 September 2021 11:42

KANGAR: Rakyat diseru untuk bersama-sama menghayati Rukun Negara dengan meningkatkan keluhuran Perlembagaan dan hormatilah undang-undang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penghayatan tersebut penting terutamanya sempena sambutan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September.

“Sempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun, marilah kita semua rakyat bersama-sama menghayati Rukun Negara, luhurkan ’Perlembagaan’ dan hormatilah undang-undang dengan erti kata yang sebenarnya.

“Pada masa yang sama kita hendaklah sentiasa bersatu hati, saling hormat-menghormati, saling faham memahami dan bertolak ansur,” titah baginda selepas berkenan menitahkan ucapan selamat jalan secara maya kepada kumpulan pelajar baharu Perlis ke Mesir yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berangkat ke Kaherah melalui Dubai, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyempurnakan simbolik sumbangan ‘Bantuan Serta-Merta IPT Timur Tengah MAIPs’ kepada para pelajar terbabit sebagai bantuan awal sebelum dipertimbangkan ‘Bantuan Dermasiswa Zakat MAIPs’ yang disalurkan secara tahunan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor memberitau,  seramai sembilan pelajar akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Kaherah dalam bidang Syariah dan Undang-Undang, Syariah Islamiah dan Bahasa Arab. 

Tambah beliau, mereka semuanya akan tinggal di Rumah Perlis di 7th District Nasr City, Kaherah dan akan menjalani tempoh kuarantin kendiri selama tujuh hari sejurus ketibaan di sana.

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE