Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Saran Universiti Awam Jalin Kerjasama Dengan Universiti Korea Selatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Saran Universiti Awam Jalin Kerjasama Dengan Universiti Korea Selatan

/ Archive MAIPs / Selasa, 08 Disember 2015 21:28

SEOUL , 8 Dis 2015 (SELASA)  – Universiti Awam (UA) Malaysia disaran agar menjalin kerjasama dan mengadakan program berkembar dengan universiti di Korea Selatan bagi menggalakan pelajar negara itu belajar di Malaysia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar UA mengadakan promosi strategik dengan mengguna nama baik dan prestasi membanggakan mereka untuk menarik minat pelajar Korea. "Adalah bagus jika UA di Malaysia dan Korea dapat menjalin kerjasama untuk menawarkan program pengajian Bahasa Malaysia,'' titah baginda pada perjumpaan dengan pelajar Perlis yang menuntut di Seoul semalam.

Pada perjumpaan itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan zakat pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Istidat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000.00 seorang kepada Nabila Nazri,22 , Nurain Munirah Mohd Azam, 22 , Nuhusnina Hakimi,20 dan Siti Aisyah Mohd Ridzuan, 19. Baginda selaku pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis turut menyumbang bantuan yayasan sebanyak RM1,000 seorang kepada pelajar tersebut.

Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melakukan lawatan kerja ke Korea selama seminggu bermula 1 Disember lepas yang turut diiringi Naib Canselor Datuk Prof Emeritus Dr Kamarudin Hussin dan pegawai-pegawai kanan UniMAP.

Baginda bertitah program yang boleh ditawarkan oleh UA Malaysia ialah seperti pengajian Bahasa Melayu kerana Hankuk University of Foreign Studies di Seoul turut menawarkan pengajian bahasa Melayu-Indonesia yang memfokus pada bahasa Indonesia. Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan MAIPs dan YTSP kepada masjid di Seoul, Daejon dan Busan. 

Sumber dariapda BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE