Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Patuhi SOP ketika terima pelancongPatuhi SOP ketika terima pelancong

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Patuhi SOP ketika terima pelancongPatuhi SOP ketika terima pelancong

Patuhi SOP ketika terima pelancongPatuhi SOP ketika terima pelancong

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 19 September 2021 18:18

ARAU : Pemilik pusat penginapan seperti hotel atau inap desa serta restoran di negeri ini hendaklah sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan terutamanya dengan kehadiran pelancong yang menjadikan negeri ini sebagai transit sementara menunggu feri ke Pulau Langkawi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penggiat industri tersebut perlu melaksanakan kawalan di pintu masuk dengan baik supaya hanya individu yang tidak bergejala dan berisiko rendah sahaja dibenarkan memasuki premis masing-masing .

Baginda bertitah, pemilik premis juga harus mengawal jumlah pelanggan dalam satu-satu masa. 

“Oleh itu, rakyat hendaklah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong di negeri ini terutamanya kepada pengunjung yang dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Perlis kerana menyesuaikan waktu perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi dari Kuala Perlis,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyaksikan penutupan letak kerja Program Transformasi Komuniti Pekan Lama Arau, di sini semalam

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dan penyelaras program, Ahmad Maqamin Amin Abd Razak yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perlis Volunteer Action Community (PVAC).

Program tersebut dilaksanakan oleh MAIPs dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan beberapa buah NGO kebajikan lain yang diterajui oleh pihak PVAC bersama-sama golongan asnaf kariah Kota Raja Arau.

Selain itu, program tersebut terhasil atas sumbangan kumpulan kayuhan TTG Kuala Lumpur bagi fasa satu dan Persatuan Usahawan China Di Malaysia (PUCM) melalui Presidennya Datuk Keith Li Zhongping bagi fasa dua.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin juga berharap pengunjung ke Pulau Langkawi yang menggunakan perkhidmatan keretapi melalui Stesen Diraja Arau dapat meluangkan masa singgah di projek berkenaan bagi menikmati tarikan warisan budaya, membeli belah dan makan minum di sekitar bandar Diraja tersebut.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata, mungkin ramai dalam kalangan rakyat Perlis sendiri juga akan mengambil kesempatan untuk melancong ke Pulau Langkawi. 

“Dinasihatkan mereka supaya patuh SOP dan amalkan norma baharu sepanjang berada di sana dan kuarantin kendiri selama 14 hari sebaik sahaja pulang ke Perlis,” ujarnya.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE