Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semua pihak perlu jayakan Hari Pembersihan Sedunia – Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Semua pihak perlu jayakan Hari Pembersihan Sedunia – Raja Muda Perlis

Semua pihak perlu jayakan Hari Pembersihan Sedunia – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Sunday, 19 September 2021 19:28

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru masyarakat, agensi kerajaan, swasta, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sekolah rendah dan menengah, NGO, serta aktivis kebersihan dan alam sekitar di negeri Perlis untuk turut serta menjayakan ‘Program World Clean Up Day (WCD)’ atau ‘Hari Pembersihan Sedunia’ 2021.

Sehubungan dengan ini, Tuanku Raja Muda turut menyarankan masyarakat agar memanfaatkan masa yang terluang bersama ahli keluarga dalam tempoh pandemik ini dengan melaksanakan aktiviti pembersihan di persekitaran rumah masing-masing untuk menunjukkan sokongan terhadap WCD. Inisiatif dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan aktiviti pembersihan amat diharapkan bagi memastikan matlamat penganjuran sambutan WCD tercapai.

Selain itu, baginda mengajak semua rakyat negeri Perlis agar menyayangi kebersihan terutamanya di tempat awam seperti kawasan laut, sungai dan pesisir pantai. Amalkan sikap menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah sesuka hati di tempat awam. Penduduk sekitar, peniaga dan pengunjung juga perlu peka dan memainkan peranan penting terhadap kebersihan dan bertindak sebagai agen kebersihan dalam menjaga kebersihan persekitaran tempat awam.

Demikian titah baginda sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerusi titah perutusan sempena ‘Hari Pembersihan Sedunia’ atau ‘World Cleanup Day (WCD)’ yang disambut pada 19 September setiap tahun.

‘World Clean Up Day’ adalah sambutan di peringkat dunia yang melibatkan aktiviti kesedaran dan keprihatinan masyarakat melalui pembersihan kawasan persekitaran secara serentak dan ia mula dianjurkan oleh sebuah organisasi antarabangasa iaitu Let’s Do It World yang berjaya menyatukan 180 negara di seluruh dunia pada tahun 2019 demi sebuah planet yang bersih.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis berharap kerjasama dan penglibatan daripada semua lapisan masyarakat dalam aspek kebersihan merupakan kunci utama dalam memastikan kebersihan persekitaran dapat dicapai secara menyeluruh dan bertepatan dengan inisiatif ‘Rakyat Perlis Hidup Bersih’.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri, Shamsuharizal Basir mamaklumkan bahawa WCD 2021 merupakan sambutan kali kedua yang dianjurkan oleh pihak SWCorp. Pelbagai pengisian program telah diatur dan ia diadakan secara dalam talian sepenuhnya kali ini disebabkan negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, pelaksanaan komponen utama dalam WCD adalah seperti aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa secara individu atau bersama keluarga di kawasan rumah masing-masing. Pelbagai sesi webinar dan pertandingan juga dianjurkan sepanjang sambutan ini yang bermula 6 hingga 19 September dan boleh diikuti melalui platform Facebook rasmi SWCorp. Antaranya ialah Cilik WCD, Momen WCD, Agensi Terbaik WCD, Tiktok Clean Up Challenge dan kuiz dengan hadiah terkumpul berjumlah RM 22,000.

Dalam perkembangan lain di negeri ini, pada tahun lalu sahaja Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang telah melaksanakan inisiatif ‘Recycle for Life RFL’ telah berjaya mengumpul sebanyak 2,893kg bahan untuk dikitar semula yang diterjemahkan sebagai sumbangan pihak universiti berkenaan melalui hubungan strategiknya dengan syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. dalam sama-sama memainkan peranannya bagi memelihara kesejahteraan alam sekitar.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE