Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Perlu Bersatu Padu Hadapi Cabaran 2016

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Umat Islam Perlu Bersatu Padu Hadapi Cabaran 2016

/ Archive MAIPs / Saturday, 02 January 2016 21:28

KUALA LUMPUR, 2 Jan 2016 (SABTU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap umat Islam meletakkan agenda perpaduan sebagai teras utama dalam menghadapi cabaran tahun 2016.

Titah baginda, perpaduan umat Islam begitu penting bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat global. Menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, baginda bertitah demikian semasa menerima menghadap Imam Masjid Nabawi, Madinah, Al Sheikh Dr Abdul Mushin Al-Qasim di Bilik Mawar, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Imam itu kini dalam rangka lawatan kerja selama seminggu ke negara ini sehingga Isnin ini dan dijangka turut melawat Terengganu, Kelantan dan Johor.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah hanya perpaduan umat Islam sejagat yang mampu membina kekuatan untuk menghadapi pelbagai cabaran. 
"Tahun 2016 ini haruslah menjadi titik tolak untuk agenda perpaduan," titah baginda pada majlis yang berlangsung selama hampir dua jam itu. Selain agenda perpaduan, baginda dan Dr Abdul Muhsin turut berbincang mengenai kerjasama strategik membabitkan kepentingan umat Islam di Perlis dan Madinah.Turut bersama mengiringi baginda pada majlis itu ialah Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. 
Menurut siaran media itu Dr Abdul Muhsin mempunyai hubungan erat dengan baginda melalui MAIPs dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan pernah melawat Perlis pada 2014.Baginda juga pernah meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di Masjid Nabawi ketika mengerjakan umrah awal tahun lepas. Hadir sama di majlis mengadap tersebut ialah Penasihat Agama Arab Saudi ke Malaysia Syeikh Abdul Rahman Al-Harfi.
Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.