Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Semua Agensi MAIPs Digesa Bergabung Perkasa Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Semua Agensi MAIPs Digesa Bergabung Perkasa Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

/ Archive MAIPs / Sabtu, 09 Januari 2016 21:28

PAUH PUTRA (Arau), 9 2016 - Semua agensi di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini digesa bergabung tenaga, usaha, buah fikiran dan komitmen dalam memperkasa kefahaman 'Ahli Sunnah Wal Jamaah' di kalangan umat Islam.

Menggesa demikian, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kefahaman tersebut termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis.  Baginda menegaskan terlalu banyak perselisihan dan perbalahan sesama masyarakat khususnya melibatkan umat Islam dan orang Melayu.Kerana itu, semua agensi agama diminta memainkan peranan masing-masing dalam memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan. "Oleh itu, marilah kita semua sama-sama menghayati Islam yang menekankan bahawa umat Islam adalah 'Ummatan Wahidah', yakni satu dalam aqidah, satu syariah dan satu akhlak.


Baginda bertitah demikian selepas menyampaikan hadiah Kejohanan Woodball Antara Agensi Agama Islam Negeri Perlis edisi ke-4 bagi tahun 2015-2016. 
Kejohanan berlangsung di gelanggang woodball Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra (KSSSAP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa penganjur kejohanan itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta para pegawai kanan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Kejohanan ini disertai pasukan-pasukan dari MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Jabatan Mufti Negeri Perlis serta dua pasukan undangan iaitu Pejabat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis dan Yayasan Islam Perlis (YIPs).Dalam kejohanan itu Pejabat Tuanku Raja Perlis menjuarai kategori keseluruhan buat kali keempat berturut-turut. Pasukan JAIPs menjadi juara berpasukan lelaki manakala Pejabat Tuanku Raja Perlis mengungguli kategori berpasukan wanita.Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE