Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 250 keluarga asnaf di Thamalang terima sumbangan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
250 keluarga asnaf di Thamalang terima sumbangan

250 keluarga asnaf di Thamalang terima sumbangan

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 03 Oktober 2021 14:20

KANGAR: Sebanyak 250 buah keluarga di Thamalang Hulu dan Thamalang Hilir, Wilayah Satun bersyukur dan berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan rakan strategiknya, DZ Bikers Malaysia atas keprihatinan sumbangan bahan makanan, Rabu lalu.

Mejar Jeneral Polis (Bersara), Datuk Pichate Pitisatepan yang merupakan koordinator Thailand bagi Jaringan MAIPs dan Majlis Agama Islam Enam Wilayah Andaman berkata, ucapan tersebut dizahirkan keluarga-keluarga tersebut kepadanya semasa menyampaikan sumbangan itu.

“Sumbangan tersebut disampaikan kepada golongan asnaf khususnya dalam kalangan mereka yang sudah berusia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada kesempatan yang sama Pichate mewakili Gabenor Wilayah Satun, Ekkarat Leesen dan Presiden Persatuan Palang Merah Wilayah Satun, Nosma Leesen turut mempersembahkan ucapan menjunjung kasih kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Ini kerana baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs telah memperkenankan penyampaian sumbangan tersebut dilaksanakan sebagai susulan kepada sumbangan ke Kok Yaw atau juga dikenali dengan nama Pulau Panjang untuk 150 buah keluarga pada minggu lalu.

Penyerahan sumbangan kali ini yang diaturkan melalui Ketua Penyelaras Malaysia bagi Jaringan MAIPs dan Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman Thailand, Datuk Zul Aznam Haron dan timbalannya Ashidan Mat Isa.

Program tersebut turut mendapat kerjasama pihak syarikat HPA, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri. -

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE