Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lipat gandakan usaha pelihara sungai – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lipat gandakan usaha pelihara sungai – Raja Muda Perlis

Lipat gandakan usaha pelihara sungai – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 03 Oktober 2021 14:23

KANGAR: Seluruh masyarakat diseru terus melipatgandakan usaha bagi menjaga dan memelihara sungai yang menjadi sumber kehidupan serta warisan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara langkah penting bagi memastikan serta menjaga kebersihan sungai ialah menyediakan dan menggunakan tong sampah dengan betul. 

Titah baginda, jika terdapat atau terjumpa sampah, maka sampah tersebut perlu dibuang ke dalam tong sampah dengan elakkan sama sekali membuang sesuka hati di merata-rata tempat.

“Budaya tegur menegur yang sihat secara berkesan juga hendaklah disubur dan diwujudkan. Masyarakat juga perlu lebih prihatin terhadap persekitaran dan isu semasa,” titah baginda selepas berkenan meninjau kerja-kerja kawasan pengorekan sungai di Projek Diraja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Ir. Asnol Adzhan Abd. Manap menasihatkan semua pihak agar membuang perasaan malu dan takut untuk menegur mereka yang membuang sampah sesuka hati. 

“Jika perlu tularkan dengan cara yang bijak, berhemah dan halus pada masa yang sama masih menjaga sensitiviti pelaku, seperti dengan cara mengkaburkan bahagian wajah atau sebagainya agar dapat memberikan kesan dan pengajaran terhadap orang ramai,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE