Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rabies boleh dikawal melalui pencegahan dan rawatan – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rabies boleh dikawal melalui pencegahan dan rawatan – Raja Muda Perlis

Rabies boleh dikawal melalui pencegahan dan rawatan – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 03 Oktober 2021 14:24

Penyakit Rabies atau ‘Anjing Gila’ boleh dikawal melalui langkah awalan pencegahan dan rawatan pembersihan pada luka gigitan di samping segera mendapatkan rawatan di hospital.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena kempen ‘Perlis Hebat ; Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menerusi titah perutusan sempena ‘Hari Rabies Sedunia’ yang disambut pada 28 September setiap tahun baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkongsi tema yang dipilih iaitu ‘Rabies : Facts Not Fear’ yang bertujuan untuk memberi ksedaran kepada masyarakat akan bahaya penyakit Rabies ini dan cara- cara mengawal dan mencegah melalui vaksinasi.

Tambah baginda yang juga merangkap Tuanku Pengerusi YTSP Perlis, ‘Difahamkan setakat sekarang ini Malaysia belum bebas dari penyakit berkenaan. Walaupun Rabies adalah penyakit yang dapat dicegah 100% melalui pemvaksinan anjing dan kucing namun menurut rekod lebih dari 59,000 orang maut akibat penyakit ini di seluruh dunia pada setiap tahun.’

Sebagai maklumat, penyakit Rabies ini disebarkan melalui virus Lyssavirus bersifat zoonotik yakni mampu menjangkiti manusia dan haiwan dengan menyerang saraf serta sistem neurologi. Ia menjangkiti manusia melalui luka gigitan anjing yang dijangkiti Rabies dan melalui luka yang terdedah dengan air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan yang dijangkiti.

Sumber: Suara Merdeka

 

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE