Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis berkenan sambut pelajar baharu UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis berkenan sambut pelajar baharu UniMAP

Raja Muda Perlis berkenan sambut pelajar baharu UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 06 Oktober 2021 21:04

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan untuk berangkat menghadirkan diri bagi menyempurnakan ‘Majlis Perasmian Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu Sempena Program Minggu Suai Kenal (MSK) Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2021/2022’ universiti berkenaan pada sabtu, 9 Oktober 2021 yang akan datang ini bermula jam 3 petang.

Dijadualkan berangkat sama mengiringi baginda ke program dari Auditorium Bangunan Canselori UniMAP, Pauh Putra menerusi saluran Facebook Live Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro-Canselor

Tahun ini merupakan tahun kedua Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu tahunan ini diadakan secara hybrid di mana terdapat sebahagian pelajar yang mengikuti majlis ini secara maya dalam talian dan ada juga jumlah kecil secara fizikal.

Tuanku Raja Muda menitahkan ucapan ‘Selamat Datang ke UniMAP’ kepada para pelajar yang merupakan ‘keluarga’ baharu universiti itu dengan harapan semoga mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan membanggakan diri sendiri, keluarga serta universiti. Tambah baginda, “Tidak kira di mana jua seseorang itu berada, apabila selesai majlis mengangkat sumpah sebagai pelajar UniMAP kelak, maka jadilah pelajar yang bersifat positif dan sentiasa mahu ke hadapan kerana dengan keberanian akan membolehkan seseorang itu mendapat pengetahuan dan ilmu baharu serta boleh digunakan dalam pembelajaran dan kehidupan. Justeru, libatkanlah diri dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup dan manfaatkan dengan sebaiknya’.

Untuk rekod, proses pendaftaran di UniMAP akan dijalankan dalam suasana norma baharu apabila proses pendaftaran berlangsung secara dalam talian berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE