Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rakyat Malaysia Perlu Hargai Nama Baik Negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Rakyat Malaysia Perlu Hargai Nama Baik Negara

/ Archive MAIPs / Rabu, 13 Januari 2016 21:28

Upacara menandatangani MoU antara UniMAP dan Daffodil University di Dhaka BangladeshDaripada Adnan JahayaDHAKA, 13 Jan 2016 (RABU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat Malaysia terutama golongan pelajar yang menuntut di luar negeri sentiasa menjaga nama baik negara. Mereka perlu memastikan nama Malaysia tidak tercalar dengan menjauhi perbuatan yang bukan sahaja mencemar nama negara tetapi juga merosakkan masa depan mereka.

Sehubungan itu, baginda yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) mahu pelajar meletakkan azam tinggi untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Baginda bertitah demikian ketika menerima mengadap dua pelajar Malaysia yang berasal dari Perlis, Akmal Azizan, 22, dan Mohd Shahriel Hafiz Ahmad, 24, di sebuah hotel di sini malam tadi.Kedua-dua pelajar berkenaan yang sedang melanjutkan pengajian semester dua dalam bidang perubatan adalah antara lebih 100 pelajar yang sedang mengikuti pelbagai bidang pengajian di Bangladesh. Pada majlis ringkas itu, kedua-dua pelajar berkenaan masing-masing menerima sumbangan RM2,000, iaitu RM1,000 daripada YTSP dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang memberi jumlah yang sama.Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berada di Bangladesh sejak semalam bagi memenuhi jemputan Universiti Antarabangsa Daffodil (DIU) untuk menyampaikan ucaptama sempena konvokesyen kali kelima universiti itu. Baginda turut berharap Bangladesh akan memanfaatkan industri ilmu yang berkembang di Malaysia dengan menggalakkan pelajar mereka menyambung pengajian di negara ini.Ini sejajar dengan langkah kerajaan mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan malah selama ini rakyat Bangladesh telah memilih negara ini untuk melanjutkan pengajian selain mencari peluang pekerjaan. Sebagai negara Islam, baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah Malaysia menawarkan kemudahan mendapatkan makanan halal manakala di sektor pendidikan, kos melanjutkan pengajian di negara ini adalah amat berpatutan.Menurut baginda, setakat ini kira-kira 7,000 pelajar Bangladesh sedang melanjutkan pengajian di Malaysia dalam pelbagai bidang dan angka itu dijangka terus bertambah.
Jumlah itu jauh lebih besar berbanding lebih 100 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Bangladesh dan kebanyakannya belajar di Kolej Perubatan Dhaka, Kolej Pergigian Dhaka, Kolej Perubatan Mymensingh, Kolej Perubatan Chittagong dan Kolej Perubatan Sylhet.Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE