Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis rai pelajar baharu UniMAP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis rai pelajar baharu UniMAP

Raja Muda Perlis rai pelajar baharu UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 10 Oktober 2021 21:14

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkenan berangkat merasmikan ‘Majlis Simbolik Penerimaan Pelajar Baharu sempena Program Minggu Suai Kenal (MKS) Ijazah Sarjana Muda Sidang Akademik 2021/2022 universiti berkenaan pada petang tadi.

Berangkat sama ke program yang berlangsung secara maya dari Auditorium Bangunan Canselori UniMAP, Pauh Putra menerusi saluran Facebook Live Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro-Canselor.

Hadir menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Naib Canselor, Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd. Rizal Arshad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan serta para pengurusan tertinggi universiti.

Dalam ucapan baginda, Tuanku Raja Muda menitah nasihatkan para pelajar supaya sentiasa bersedia dengan oerancangan. Ini kerana hidup memerlukan perancangan, dan ia memberi satu struktur yang lebih teratur dalam kehidupan pelajar. Walaupun ada kalanya ia tidak berlaku seperti yang dirancang, namun sekurang-kurangnya kita berada pada peluang dan landasan yang terbaik untuk mencapai apa yang dirancangkan itu.

Menurut baginda, perancangan akan membawa seseorang itu ‘kembali’ sekiranya kita tersasar. Ia lebih baik daripada mereka yang hanya menunggu dan bertindak secara tidak sistematik apabila berhadapan dalam sesuatu situasi. Sebagai contoh, apabila diberikan tugasan oleh pensyarah, senaraikan mengikut keutamaan dan rancangkan satu persatu apa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam waktu yang ditetapkan serta bertindaklah berdasarkan perancangan tersebut.

Sehingga tengahari tadi, seramai 1,901 mahasiswa baru yang mana 947 adalah lelaki dan 954 perempuan telah mendaftarkan diri di UniMAP setakat ini dalam suasana norma baharu apabila kesemua proses pendaftaran berlangsung secara dalam talian berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE