Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pemilik pelancongan, premis perniagaan dan makanan perlu sentiasa patuh SOP

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
Pemilik pelancongan, premis perniagaan dan makanan perlu sentiasa patuh SOP

Pemilik pelancongan, premis perniagaan dan makanan perlu sentiasa patuh SOP

/ Berita Terkini MAIPs / Wednesday, 13 October 2021 15:36

KANGAR: Para pemilik lokasi pelancongan, premis pernigaan dan makanan di negeri perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penduduk negeri ini yang ingin merentas negeri bertemu ahli keluarga atau melancong pula disaran menggunakan kenderaan sendiri bagi mengelak kesesakan.

“Gunakan kenderaan persendirian buat masa ini untuk mengelakkan kesesakan dengan pengangkutan awam. Juga, patuhilah segala SOP yang ditetapkan sepanjang perjalanan.

“Rakyat yang berada di luar Perlis ingin pulang berjumpa keluarga tersayang di sini juga perlu mengikut langkah sama,” titah baginda selepas berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 30 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al A’la, Behor Temak, di sini hari ini.

Sumbangan bernilai RM21,000 itu disampaikan kepada amil masjid tersebut, Kamal Khairi Kasin untuk diagihkan kepada setiap penerima yang menerima RM700 setiap seorang.

Yang hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin, rakyat di negeri ini hendaklah terus mematuhi SOP dan sentiasa menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing dengan penuh ikhlas bagi melindungi semua.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim mengingatkan rakyat Perlis mengenai hakikat norma baharu di mana semua terpaksa hidup bersama virus Covid-19. 

Dalam sama sama, beliau menasihatkan agar mereka yang belum divaksin supaya segera berbuat demikian kerana ia mampu melindungi diri dan keluarga dari virus berkenaan.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE