Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perempuan Perlis Rai 80 Peserta Pandu Puteri Dan Perkumpulan Islam Pahang n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Perempuan Perlis Rai 80 Peserta Pandu Puteri Dan Perkumpulan Islam Pahang

/ Archive MAIPs / Ahad, 01 Mei 2016 21:28

Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid bersama rakyat jelata

 

KUALA PERLIS, 1 Mei 2016 (ISNIN) - Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid berkenan meraikan 80 peserta daripada Pertubuhan Pandu Puteri dan Perkumpulan Islam Pahang dalam 'Program Kasih Rakyat Menjunjung Daulat-Jalinan Perlis-Pahang 2016' di Kampung Seberang Ramai di sini, hari ini.

Berangkat bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan tiga anakanda baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail. Keberangkatan tiba keluarga diraja itu disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Perlis, YBhg. Khairi Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor dan Kawasan Pertumbuhan dan Bandar Baru Perlis, Datuk Sabry Ahmad dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Mat Hasan.

Sementara itu, Raja Perempuan Perlis turut berkenan singgah di rumah dua penerima sumbangan di kampung itu iaitu Jah Ahmad dan Saayah Jab dalam 'Program Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Menjejak dan Menyantuni Asnaf". Selain itu, baginda turut menyampaikan sumbangan zakat MAIPs kepada sembilan asnaf di Hujung Tanjung, Kampung Seberang Ramai.

Pada malam tersebut, Tuanku Tengku Fauziah telah meraikan 80 peserta berkenaan, yang akan berada di Perlis selama tiga hari bermula semalam bagi program itu, pada majlis makan malam di sini.

Baginda mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan dan masyarakat setempat di Kuala Perlis yang menjayakan program itu bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-73 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 17 Mei ini. 


Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE