Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pelancongan Perlis berkembang pesat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Pelancongan Perlis berkembang pesat

Pelancongan Perlis berkembang pesat

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 24 November 2021 21:28

ARAU : Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, Perlis berjaya mengetengahkan beberapa lokasi tarikan pelancongan baharu termasuk yang dijenamakan semula sekali gus menarik kedatangan pengunjung ke negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara lokasi yang menjadi tumpuan adalah seperti Projek Diraja Transformasi Kampung Berwarna-warni di Seberang Ramai, Kuala Perlis dan Pekan Lama Arau yang telah berubah wajah.

Titah baginda, selain itu, terdapat juga Rumah Warisan Bandar Diraja Arau; Pasar Terapung Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Kangar Street Art dan taman buah-buahan eksotik yang dahulunya dikenali sebagai taman anggur di Jalan Sungai Batu Pahat di sini.

“Lokasi di utara negeri ini yang mengamit kedatangan pelancong pula adalah seperti di Tasik Timah Tasoh oleh Tasoh Tasikku; Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh, Taman Agrovet; Wang Kelian View Point; Bukit Chabang Mari dan Super Fruits Valley di Chuping,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenaan merasmikan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah Women In Search Of Excellence (WISE) siri ke-3 berjudul Pemerkasaan Wanita Dalam Industri Pelancongan anjuran Puspanita Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis di sini hari ini.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, menurut laporan Pertubuhan Pelancongan Dunia, pada 2019 seramai 54 peratus pekerja bidang pelancongan terdiri dalam kalangan wanita. 

Titah baginda, pembabitan wanita melalui industri pelancongan tersebut tertumpu dalam bidang kemahiran rendah. 

“Kurang daripada 40 peratus yang memegang jawatan pentadbiran, kurang 20 peratus dalam bidang pengurusan dan juga ahli majlis tertinggi. 

“Kebanyakan wanita lebih berfokus kepada bidang usahawan pelancongan berskala kecil. Kesan pandemik ini, ramai di antara mereka yang tidak mampu mengatasi ’kejutan’ ekonomi,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE