Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Terus Komited Wujudkan Peluang Pembangunan Sosioekonomi Asnaf n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Terus Komited Wujudkan Peluang Pembangunan Sosioekonomi Asnaf

/ Archive MAIPs / Selasa, 31 Mei 2016 21:28

KUALA PERLIS,31 Mei 2016 (Selasa) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di negeri ini melalui 45 skim bantuan zakat meliputi pelbagai aspek pembangunan sosioekonomi. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddim Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs bertitah skim tersebut dibahagikan kepada enam katergori utama iaitu dari aspek keperluan semasa (sara hidup), perubatan, pendidikan, keusahawanan atau modal perniagaan, keagamaan dan kecemasan.

 "Bantuan menerusi skim berkenaan diberi sejajar dengan peranan MAIPs sebagai institusi yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan ekonomi serta sosial masyarakat Islam di negeri ini selaras dengan kehenday syara" titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis usahasama MAIPs dan Kolej Komunit Arau di Kuala Sungai Baru di sini hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan , Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor, Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Naizm Mohd Noor.

Baginda bertitah MAIPs juga konsisten dalam menyalurkan kewangan berbentuk zakat dalam membantu peningkatan ekonomi golongan asnaf di negeri ini. ''Berdasarkan statistik pada 2015, MAIPs mengagihkan zakat RM 144,732 melibatkan 64 penerima menerusi Program Peningkatan Eknomoi Asnaf Fakir, manakala RM 346,872 melibatkan 238 penerima melalui Program Peningkatan Ekonomi Asnaf Miskin. Zakat seharusnya dikendalikan secara telus dan sistematik untuk meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan selain merapatkan jurang eknomi masyarakat serta memelihara pembangunan sosial yang sihat,'' titah Raja Muda.

Sehubungan itu baginda bertitah MAIPs kini giat bekerjasama dengan agensi kerajaan melalui Startegik Lautan Biru Negara (NBOS) bagi meningkatkan keberkesanan agihan dan program transformasi asnaf. MAIPs menjalinkan usahasama dengan Kolej Komuniti Arau bagi menubuhkan Pusat Penghasilan Keropok Lekor Perlis di Kuala Sungai Baru, serta membimbing lima orang asnaf serta menyumbang RM129,547 untuk projek itu,'' titah baginda.

Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan mengumumkan kadar zakat fitrah di Perlis tahun ini ialah RM7 berbanding RM 6.50 pada tahun lepas. Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE