Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Golongan Asnaf Kena Cekal Berusaha n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Golongan Asnaf Kena Cekal Berusaha

/ Archive MAIPs / Selasa, 21 Jun 2016 22:28

Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis bergambar bersama penghuni Taman Desa Ansaf, Batu Bertangkup

 

PADANG BESAR, 21 Jun 2016 (SELASA) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan golongan asnaf di negeri ini agar cekal berusaha mengeluarkan diri mereka daripada kepompong kemiskinan. Menurut baginda selain pertanian, mereka wajar menceburi bidang keusahawanan termasuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.

Dalam hubungan ini, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersedia membantu mereka dan mempunyai perancangan termasuk meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran mereka, titah baginda. Tuanku Syed Faizuddin yang bertitah pada majlis Iftar Jamaie Warga Taman Desa Ansaf (TDA) Batu Bertangkup di sini malam tadi, yakin golongan asnaf yang berazam kuat mampu menjadi penyumbang zakat pula kelak.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan dan Setiausaha Kerajaan Perlis Ahmad Zamri Khairuddin turut hadir. Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang DiPertua MAIPs mengalu-alukan kerjasama dan cadangan masyarakat untuk majlis itu melaksanakan agihan zakat dengan lebih konstruktif demi manfaat asnaf-asnaf yang layak.

"Saya amat menghargai sumbangan zakat oleh setiap pihak dan MAIPs akan terus berusaha memantapkan pengagihan khususnya dalam bidang pendidikan dan kesihatan rakayat," tambah baginda. Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda berkenan menyempurnakan pemberian sumbangan Hari Raya MAIPs kepada 35 keluarga TDA.

Lembaga Zakat Selangor melalui anggota Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Prof Dr Aziuddin Ahmad menyerahkan sumbangan fidyah manakala Ketua Pengurusan Operasi Kumpulan Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF), Abdul Malek Abdul Hafiz menyerahkan sumbangan sama kepada penghuni TDA.

Tuanku Syed Faizuddin serta penghuni TDA bersama-sama menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih di surau taman tersebut. Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE